top of page

Pas hipokrit: Maki DAP, jalin kerjasama dengan Singapura

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11, 2023
  • 1 min read


Pas bersikap hipokrit apabila bersetuju 4 negeri di bawah pentadbirannya menjalinkan kerjasama dengan Singapura, sedangkan republik itu diperintah oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang sebelum ini dikaitkan dengan DAP.


Bagi Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, tindakan Pas itu amat bertentangan dengan tohmahan mereka kononnya DAP merupakan sayap PAP sejak 1960an di Malaysia, dan berjuang untuk menguasai serta mengambil alih hak dan kepentingan orang Melayu.


"Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kerjasama antara negeri-negeri di bawah pentadbiran Pas dengan kerajaan Singapura adalah bukti hipokrasi politik tahap tertinggi pimpinan Pas


"Sedangkan Pas sebelum ini sering mengatakan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah pendua daripada parti

pemerintah Singapura Parti Tindakan Rakyat (PAP)," katanya dalam satu kenyataan.


Semalam, Tuan Ibrahim menyatakan kerjasama antara negeri yang ditadbir Pas dan Singapura selepas pertemuan beliau dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee.


Ahmad Nadhir berkata, Pas mengambil sikap 'bermuka tebal' bersetuju bekerjasama dengan pemimpin PAP selepas pelbagai tohmahan dilemparkan sewenang-wenangnya terhadap DAP, termasuk presiden parti itu sendiri melalui tulisan-tulisan beliau di laman Facebook.


"Dalam hal ini di manakah segala tuduhan fitnah dan juga kotor terhadap DAP ketika Tuan Ibrahim mengadakan pertemuan tersebut?


"Ini adalah satu bukti hipokrasi politik tahap tinggi yang dilakukan oleh Pas. Parti itu hanya pandai menyebar fitnah dan kebencian bagi mencapai cita-cita dan nafsu buas politik mereka," katanya lagi.


Justeru, Ahmad Nadhir berharap penyokong tegar Pas, khususnya anak muda sedar dengan pembohongan dan hipokrasi politik berkenaan.


Katanya, Pas jelas parti politik mempergunakan agama kerana terbukti memperalatkan kepercayaan penyokong mereka bagi mencapai kejayaan dalam politik.



Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page