Pas hilang 8 kerusi Parlimen jika pertandingan tiga penjuru PRU 15 - Husam



Pas dijangka akan hilang 8 kerusi Parlimen sekiranya berlaku pertandingan 3 penjuru dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Hal itu diungkapkan oleh Senator Husam Musa dalam program bual bicara di Temerloh, Pahang baru-baru ini ketika diminta mengulas pergolakan dalaman Perikatan Nasional (PN) selepas Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu.


"(Ikut logik) Umno nak kerusi sikit ke banyak? Orang Pas yang dikira alim, dia kelaskan diri dia... orang lain macam syaitan, dia saja macam malaikat pun bab kerusi tak boleh bagi orang.


"Jadi bila Umno nak kerusi lebih dia kena keluar dari PN. Sebab itu dia kata nak kuatkan Muafakat Nasional (MN). Di bawah MN yang akan tanda tangan watikah calon adalah Zahid Hamidi. Dia boleh letak calon Umno lawan bersatu. Mati Bersatu.


"Bila Annuar Musa dan Nik Amar sependapat. (Kononnya) bila Umno tinggal Pas, Umno akan kalah. Ini kata Annuar Musa. Nik Amar pun sokong. Adakah Pas sayang ke Umno dan takut Umno hilang kerusi? Atau pun dia (Pas) yang takut kalah?


"Saya kira Pas takut bila Umno lari dan bertanding 3 penjuru. Atau pun sesetengah tempat 3 penjuru dan sesetengah tempat dia (Umno) beri laluan kepada kita (Pakatan Harapan), sesetengah tempat kita beri laluan kepada dia, tengok keadaan yang sesuai.


"Yang mula-mula hilang kerusi adalah Bersatu, yang kedua hilang kerusi adalah Pas. Pas akan hilang sekurang-kurangnya 8 kerusi Parlimen. Saya ambil contoh (Parlimen) Sik di Kedah. Berapa majoriti Pas? Saya ambil Setiu, Kemaman di Terengaganu (majoriti Pas tipis)," katanya.


Selain itu, Husam juga menyifatkan keahlian Bersatu seperti rojak jawa dan tiada kekuatan kerana ada tiga jenis Ahli Parlimen dalam parti itu. Iaitu sewaktu era Tun Mahathir, ahli lompat dari KEADILAN dan lompat dari Umno.


Kehadiran pimpinan lompat itu, katanya tidak kukuh kerana kekuatan asas masih berada dalam parti asal. Maka tanpa dukungan Umno, Bersatu akan kalah di kerusi yang mereka cuba pertahankan.


"Oleh itu mereka tiada kekuatan sendiri. Yang dari Umno kekuatannya Umno. Yang dari KEADILAN, kekuatannya asalnya KEADILAN.


"Gombak, Bandar Tun Razak, Ampang masih KEADILAN. Ikut kepada survey kerusi-kerusi campuran, saya cemburu kepada orang Cina dan India. Mereka tahu kerajaan dibentuk adalah pengkhianat, yang mengkhiantai mandat rakyat secara demokratik (dan tidak akan disokong)," katanya lagi.


Bagi Husam, PRU 15 amat menarik untuk diperhatikan sekiranya Pas kekal dalam PN dan berlaku petandingan 3 penjuru yang memberi kelebihan kepada PH.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER