top of page

Pas hentikan cacian, Malaysia diiktiraf negara pertama hantar bantuan



Fitnah pembangkang memburuk burukkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Malaysia kononnya tidak berbuat banyak dalam membantu rakyat Palestin amat tidak boleh diterima.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, kejayaan PM membincangkan isu Palestin terbukti apabila negara diiktiraf sebagai antara yang terawal dibenar menghantar bantuan ubat ubatan dan bekalan makanan kepada penduduk Palestin yang terkepung.


"PM Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin paling lantang menentang kekejaman Zionis. Kelantangan beliau bukan sahaja di pentas solidariti dan parlimen, malah hingga ke peringkat antarabangsa.


"Beliau juga memainkan peranan penting untuk berbincang dengan beberapa pemimpin negara luar berkenaan isu Palestin termasuk usaha menghantar pasukan perubatan, bekalan makanan dan pasukan pendamai.


"Malah hasil usaha tersebut nampak berhasil selepas semua pemimpin dunia yang beliau temui bersetuju dan Malaysia menjadi antara negara awal dibenarkan masuk menghantar bantuan kemanusiaan," kata Razeef dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, beliau terkilan dengan sikap pembangkang kerana kejayaan itu bukan sahaja tidak diiktiraf tetapi dicaci dan dihina.


Malah, katanya, tanpa menunjukkan bukti pembangkang terus mencerca penganjuran Minggu Solidariti Palestin di sekolah yang kononnya melarang bacaan doa menyokong pejuangan Hamas walaupun Malaysia adalah negara pertama menganjurkan program sedemikian ke seluruh negara.


"Malaysia turut membenarkan aksi solidariti dari pelbagai pihak samada kerajaan mahupun pembangkang tanpa sebarang sekatan serta membawa penyatuan untuk menyuarakan penindasan Israel terhadap Palestin.


"Saya menggesa pihak pembangkang untuk menghentikan propaganda jijik ini. Ini bukanlah isu agama semata tetapi ia melibatkan nyawa manusia. Lebih 7,000 wanita dan kanak-kanak terkorban. Hospital, sekolah dan pusat perlindungan turut dimusnahkan dengan bom.


"Ada sekolah yang menamatkan sesi persekolahan awal kerana semua anak-anak yang belajar di sekolah berkenaan telah syahid," ujarnya.


Sikap pembangkang terutama Pas itu, katanya, amat tidak berhemah sedangkan dalam masa sama KEADILAN masih mengiktiraf parti itu sebagai parti yang memperjuang isu Palestin sejak dari dahulu.


Namun bunga yang diberi dibalas racun apabila media rasmi Pas terus mentohmah PM.


"Kami merasa amat kecewa kerana Pas menggunakan lidah rasminya Harakah untuk terus menerus memfitnah Perdana Menteri dengan pelbagai tuduhan walaupun PM antara pemimpin dunia paling lantang memperjuangkan hak rakyat Palestin.


"Saya meminta kita menghentikan segera sikap fitnah-memfitnah terhadap PM terutama dalam isu berkaitan Palestin. Hentikanlah tunggang isu demi kepentingan politik ketika masih ramai kanak-kanak dan wanita dibunuh di sana," katanya lagi.


Sehubungan itu, Razeef menyeru agar Pas dan PN mencontohi pembangkang di dunia Islam lain yang bersatu di belakang kerajaan dalam isu kemanusiaan seperti Palestin.


Katanya, tiada guna Pas menonjolkan diri sebagai 'terpaling berjuang' untuk Palestin dan menghina kumpulan lain yang melakukan perkara sama, kerana Israel tidak akan gentar dengan negara Islam yang berpecah belah.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page