top of page

PAS gila balak?

Updated: May 28, 2020


Tidak sampai sebulan mentadbir kerajaan Kedah, Pas seperti tidak sabar-sabar untuk mengaut keuntungan hasil daripada penjualan balak.


Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dibadai kontroversi apabila beliau dilaporkan mahu mempertimbangkan membuka semula konsesi balak kerana kononnya tidak mahu membayar tuntutan saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan.


Konsesi syarikat pembalakan tersebut dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas membuat keputusan untuk mewartakan Ulu Muda sebagai hutan simpan dan kawasan tadahan air.


"Tuntutan itu agak besar, jadi kalau boleh diganti tempat (kawasan pembalakan) yang tidak menjejaskan alam sekitar dan tidak mendatangkan kerosakan kepada orang ramai, kita akan ganti.


"Mereka sudah bayar premium, jadi tak adil untuk mereka. Saya tidak boleh lari daripada keputusan (pembatalan konsesi) kerajaan yang sudah ada ikatan undang-undang, namun perkara ini boleh diselesaikan," kata Sanusi dipetik.


Namun kenyataannya mengundang kritikan pelbagai pihak, termasuk bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang menafikan kewujudan tuntutan RM1 bilion.


"Mana mai tuntutan sampai RM1bilion tu pula? Zaman PH tak sampai 2 minggu yang lepas pun tak ada tuntutan dari pemilik konsesi balak sebanyak itu.


"Saya dah pesan dalam ucapan saya ketika melepaskan jawatan sebagai MB untuk tidak membuka balik kawasan balak Kedah. Belum panas kerusi MB tu, dah buka balik?" katanya di akaun Facebook miliknya.


Kritikan pelbagai pihak termasuk daripada rakyat memaksa setiausaha akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim tampil membetulkan kenyataan tersebut.


"Ia bukanlah satu cadangan untuk kerajaan negeri membuka kawasan baharu pembalakan.


"Masalah berbangkit setelah kelulusan konsesi pembalakan yang diberikan kemudian dibatalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini sedangkan syarikat-syarikat berkenaan telah membayar premium.


"Berikutan itu, implikasi yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan negeri sama ada berhadapan dengan tindakan mahkamah, membayar ganti rugi ataupun menimbang langkah menggantikan kawasan lain kepada syarikat-syarikat konsesi berkenaan," katanya dalam kenyataan.


Kenyataan tersebut bagaimanapun seolah-olah tetap mempertahankan aktiviti pembalakan yang ingin dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional di Kedah.


"Kerajaan negeri bertegas bahawa kawasan lain yang diganti itu mestilah dalam kawasan hutan pengeluaran yang dibenarkan oleh Jabatan Perhutanan berasaskan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.


"Keutamaan kerajaan negeri ialah kehidupan rakyat supaya tidak terganggu, tiada pencemaran, tidak ada penggondolan, hakisan, banjir lumpur dan lain-lain akibat yang boleh membawa kemusnahan kepada alam sekitar dan kehidupan manusia sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang.


"Langkah-langkah ini akan diberi perhalusi dan diberikan pertimbangan sewajarnya," katanya.


Untuk rekod, penatdbiran Pas di Kedah sebelum ini (2008 - 2013) sememangnya gemar mendapatkan hasil menerusi aktiviti pembalakan, sama seperti apa yang berlaku di Kelantan sejak bertahun-tahun lamanya.


Namun, biarpun kerajaan Kedah pimpinan PH sudahpun menyelamatkan hutan negeri itu daripada menjadi mangsa kerakusan manusia, Pas kini tampil mahu memusnahkannya.


Tidak cukup dengan balak di Kelantan, mereka mahu balak di Kedah pula. Adakah Pas benar-benar sudah gila balak?


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page