top of page

Pas dicabar beri bukti Kerajaan Perpaduan tawar jawatan TPM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 21, 2023
  • 1 min read


Kenyataan pemimpin utama Pas kononnya terdapat pemimpin Kerajaan Perpaduan menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada parti itu wajib dibuktikan.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, dakwaan Presiden Pas Hj Hadi Awang berhubung tawaran itu hanya dibuat buat kerana tiada tawaran seperti itu pernah dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan.


"Pas boleh kemukakan bukti sekiranya ada," kata Chean Chung dipetik.


Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi bukan sahaja mendakwa Pas ditawarkan jawatan dalam kerajaan, malah mendakwa “pihak yang membuat tawaran” sanggup mengeluarkan kos untuk membayar Pas bagi menampung perbelanjaan pilihanraya.


Dakwaan itu dibuat dihadapan penyokong Pas di Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2023 pada Jumaat lalu.


Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut berkata "Banyaklah broker-broker, daripada dalam negara dan luar negara termasuk yang bertaraf menteri luar negara, datang jumpa, bukan saja duta. Pelbagai kalangan,” katanya dalam ucapan yang turut dimuat naik di Facebook.


Ucapan tersebut dilihat tidak perlu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menang usul Undi Percaya di Dewan Rakyat pada Disember lalu dan memiliki sokongan 2/3 anggota dewan dengan148 menyokong berbanding 74 menentang.


Sehubungan itu, Chean Chung menasihati Abdul Hadi dan Pas supaya menerima keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan penubuhan Kerajaan Perpaduan hari ini.


"Ada yang masih tidak puas hati, biasalah manusia. Nak politik, bolehlah," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page