top of page

Pas berubah, tiada lagi politik kasih sayang sesama Islam - Dr Agus



Pas mepromosikan konon parti itu memperjuangkan Islam yang syumul, namun rakyat melihat Pas seolah olah cenderung ke arah asabiyah.


Bagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, beliau yang berasal dan dibesarkan dalam keluarga Pas di Machang, Kelantan terdapat perbezaaan yang besar dalam perjuangan Pas dahulu dan sekarang.


"Saya dibesarkan dalam keluarga Pas. Sehingga umur dewasa, saya masih menyokong Pas biarpun bukan ahli Pas. Asas ketertarikan saya mudah. Pas memperjuangkan keadilan Islam dan keadilan sosial.


"Namun, kini Pas sudah berubah total. Perjuangannya penuh dengan retorik agama, dan memperkudakan agama untuk mendapatkan kuasa. Nampak kegelojohan Pas memanipulasikan Islam untuk memburu kekuasaan. Sebarang perbezaan pendapat dengan pandangannya akan diserang secara berjemaah," katanya di Facebook.


Dr Agus terkilan kerana Pas hari ini lebih mudah menyerang membabi buta mana mana individu yang tidak sebulu dengan perjuangan parti itu tanpa menilai akhlak dan pendirian individu Islam berkenaan.


Katanya, karektor mana mana individu yang tidak menyokong Pas dicemarkan serta dituduh menolak Islam.


"Tidak cukup dengan agama, Pas juga memperjuangkan isu kaum dan bangsa yang dahulunya mereka katakan assabiyah yang perlu ditolak. Pelik sungguh Pas ini, hukumnya berubah cepat. Lebih pelik lagi pengikutnya dan pentaksub ada dalam kalangan profesional dan cerdik pandai.


"Pas dahulu dan sekarang banyak berbeza. Dahulu Pas pertahankan kebenaran, kini Pas perlekehkan kebenaran. Saya timbulkan isu air, sampah dan jalan sempit di Kelantan, penyokong Pas nafikan dengan pelbagai cemuhan. Menakjubkan, mereka bahagia dengan kekurangan yang ada asalkan “Pas perjuangkan Islam.”


"Bagi penyokong Pas, hanya mereka sahaja yang perjuangkan Islam. Bagi saya, ini wajah Pas yang jumud dan keliru," katanya.


Pas juga, kata Dr Agus tidak lagi mengamalkan ciri ciri demokratik dan bersedia menerima teguran.


Lebih meresahkan masyarakat, menyokong Pas dijanjikan syurga dan menentang politik Pas diugut dengan neraka. Sedangkan perkara ijtihad politik dalam Islam tidak membawa umat secara total berdosa atau ke neraka.


"Saya fikir politik Pas sebegini perlu ditolak. Saya harap sangat anak muda dan pengundi yang mahukan negara kita maju dan harmoni menolak politik sebegini. Negara kita perlu aman untuk rakyatnya hidup sejahtera.


"Mujurnya, dalam PRU lepas kata-kata “Kito sudah cukop jumloh. Esok angkat sumpoh” tidak menjadi kenyataan. Alhamdulillah," katanya lagi.

0 comments

Komentarai


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page