top of page

Pas bergaduh isu MB - Timb MB, kita ambil Kelantan - Zahid


Oleh: Abdullah Zaid


Kelantan kelihatan goyang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini berbanding 9 bulan lalu apabila berlaku tsunami 'gelombang hijau'.


Hal itu terjadi kerana perebutan jawatan Menteri Besar (MB) dan Timbalan Menteri Besar apabila dispekulasikan mantan MB, Datuk Ahmad Yakob tidak akan dicalonkan jika Pas menang sekali lagi.


Bagi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi pergaduhan tersebut amat baik buat PH - BN untuk merampas negeri Serambi Mekah itu kali ini.


"Kelantan isu MB dan Timbalan MB teruskan bergaduh kerana yang akan ambil (alih) Kerajaan Perpaduan di negeri Kelantan, InshaAllah," katanya.


Beliau berkata demikian dalam ceramah Grand Finale Jelajah Perpaduan Madani di Sungai Petani, malam tadi.


Terdahulu, dilaporkan, Pas Kelantan dilihat bergolak apabila Pas Pusat bertindak mengugur penyandang MB dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekiranya parti tersebut menang PRN.


Ia dikata bermula apabila adik Allahyarham Tan Sri Nik Aziz Nik Mat, Nik Din sebelum ini mengeluarkan rakaman video menyeru pengundi DUN ditandingi Timbalan MB Kelantan, Mohd Amar agar mengalahkan tokoh itu kerana didakwa menjadi punca anak saudaranya, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz digugurkan daripada menjadi calon di DUN Chempaka pada PRN ini.


Keadaan menjadi semakin panas apabila muncul video di media sosial seperti TikTok yang mengajak perantau yang pulang mengundi mengalahkan Mohd Amar.


Selain itu, Presiden UMNO itu juga menyeru pengundi Kedah untuk memilih calon-calon yang dibarisi gabungan Perpaduan memastikan kesejahteraan rakyat negeri itu dipelihara.


"Kita nak beritahu rakyat di Kedah cukup-cukuplah esok tarikh yang untuk menamatkan mereka daripada memerintah negeri kedah ini, hentikan kesengsaraan rakyat," ujarnya lagi

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page