top of page

Pas akan bertanding kerusi Bersatu: PN goyang, hilang keyakinan kepada Muhyiddin?



Kenyataan Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin bahawa parti itu akan bertanding kesemua 6 kerusi Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya berlaku kekosongan, memberi tamparan hebat kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.


Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, kedudukan Hashim sebagai pemimpin spiritual tertinggi Pas yang boleh dianggap sebagai suara pemutus dan tidak boleh dipandang ringan bahawa PN pada waktu ini sedang menghadapi pergolakan dalaman yang parah.


"Bila mana Bersatu sudah hilang taring akibat pelbagai perkara yang menyebabkan Pas sendiri sudah tidak menghormati kepimpinan Bersatu dan PN, kita lihat ustaz Hashim Jasin telah pun mengumumkan Pas bersedia bertanding di kesemua 6 kerusi wakil rakyat Ahli Parlimen Bersatu yang telah menyatakan sokongan kepada PM


"Saya berikan peringatan kepada Bersatu, bila Mursyidul Am Pas mula buka mulut ini bermakna suara Bersatu dah tak laku.


"Ini gambaran jelas bibit awal kehancuran PN di mana suara Mursyidul Am Pas mendahului Pengerusi PN iaitu Muhyiddin Yassin," katanya dalam siaran langsung Facebook beliau.


Bagi Lokman, kenyataan Hashim tersebut seharusnya dijawab segera oleh Bersatu untuk membuktikan perpaduan di dalam PN masih utuh.


Sekiranya tidak, katanya, maka jelas tanggapan umum bahawa Pas tidak lagi menghormati sekutunya setelah pemimpin utama parti itu tidak ramai turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu awal Mei lalu.


Kata Lokman, sekiranya benar Pas akan membuat keputusan sepihak terhadap 6 kerusi berkenaan maka masa depan PN amat goyah untuk kekal sebagai satu pasukan.


"Saya cukup hairan kenapa kenyataan ini di keluarkan oleh seseorang yang begitu tinggi pangkatnya dalam Pas.


"Pangkat Mursyidul Am Pas ini seperti Tuan Guru Nik Aziz atau Datuk Dr Harun Din. Jarang Mursyidul Am Pas keluarkan kenyataan seperti ini kecuali sudah berbincang dengan Presiden Pas.


"Ini tanda tak lama lagi PN lingkup," katanya sinis.


Manakala bagi UMNO, kata Lokman, pihak mana pun yang akan bertanding parti itu siap menurunkan calon terbaik jika berlaku PRK.


Katanya berdasarkan formula, 6 kerusi tersebut akan ditandingi BN kerana pencapaian dalam PRU 2022 lalu UMNO mendapat tempat kedua undi tertinggi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page