top of page

Parti Tun M: PH pertimbang jika ada permintaan sertai gabungan



Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Awar Ibrahim terbuka dengan penubuhan parti baharu yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad petang tadi.


"Tun baru umum nak tubuh parti baru, kita tengoklah, kita ikuti," katanya menjawab soalan wartawan usai program Majlis Jelajah Presiden ke Negeri Selangor 2020.


Mengulas sama ada PH akan menerima parti baharu berkenaan sebagai rakan gabungan, Anwar berkata PH terbuka dan sedia mempertimbangkan sekiranya terdapat permintaan rasmi.


"Jika dia minta, kita timbang. Biar dia minta dulu," katanya ringkas.

Ditanya mengenai pendirian Tun bahawa parti beliau kelak tidak berada dalam blok PH mahu pun Perikatan Nasional dan mungkin membentuk blok Bebas bersama parti-parti lain, Anwar enggan mengulas lanjut.


"Itu hak dan keputusan dia. Sepenuhnya bebas tetapi dalam Pilihan Raya Kecil Slim, dia minta PH kerjasama," katanya membayangkan PH dan Tun Mahathir masih mempunyai hubungan dan persefahaman dalam hal-hal tertentu.


Petang tadi Tun Mahathir mengumumkan beliau dan rakan-rakan seperjuangan yang dipecat dari Bersatu akan menubuhkan sebuah parti baharu.


Bagaimanapun Tun tidak mengumumkan nama parti tersebut atau mengesahkan akan mengambilalih sebuah parti yang tidak aktif sebagaimana tular di media sosial sejak semalam.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page