top of page

Parti politik lebih baik diselia SPR, bukan di bawah Pendaftar Pertubuhan


Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melarang penangguhan pemilihan dalaman Umno selama 18 bulan selepas badan yang sama tidak mengulas penangguhan tersebut ketika diumumkan sebelum ini, menimbulkan kembali isu apakah sesuai ROS terus mengawal selia parti politik di negara ini.


Bagi Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, parti politik tidak sewajarnya dikawal selia oleh ROS memandangkan rekod campurtangan yang tinggi dari Kementerian Dalam Negeri yang sentiasa memihak kepada kepentingan politik pemerintah.


"Keputusan ROS tersebut yang diumumkan sejurus selepas Umno menarik semula sokongan terhadap PM Mahiaddin Yassin, menyebabkan ianya dilihat sebagai tindakan yang bermotifkan politik.


"Keputusan ROS percubaan terbaru sepanjang sejarah tindakan bermotif politik di bawah arahan tuan politik mereka iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menghalang pendaftaran parti, gabungan dan NGO baharu, serta mencampurti urusan dalaman parti atau persatuan yang berdaftar di bawah mereka. Ini adalah satu lagi contoh bagaimana cabang kuasa Eksekutif membidik musuh politik mereka.


"Oleh itu, BERSIH 2.0 menggesa penyeliaan parti politik diletak di bawah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas atau menubuhkan badan pengurusan pilihan raya yang baharu iaitu Suruhanjaya Penguatkuasaan Pilihan Raya (SPPR) untuk mengawal selia parti politik dan

menguatkuasakan Akta Parti Politik yang baharu dan undang-undang pilihan raya," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.


Menurut Bersih 2.0, kawal selia oleh SPR adalah selari dengan Cadangan ke 11 Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) yang mengusulkan supaya pendaftaran parti politik diletakkan di bawah SPR.


Perkara tersebut, kata mereka, dinyatakan dalam laporan akhir yang diserahkan kepada PM Mahiaddin Yassin pada Ogos 2020.


"BERSIH 2.0 telah mengeluarkan satu laporan kajian bertajuk “Tiga Lebih baik dari Satu – Pembaharuan Institusi untuk Pengurusan Pilihan Raya di Malaysia” yang mencadangkan antara lain perkara di atas dan cadangan-cadangan lain untuk memperkasakan pengawasan

pilihan raya dan parti politik," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page