top of page

Parti Melayu, Islam patut desak siasat pinjaman RM2 bilion ke syarikat judi - Anwar



Kejatuhan syarikat Genting Hong Kong dan leburnya nilai pinjaman RM2.51 bilion dari tiga buah bank besar Malaysia seharusnya disiasat oleh Kementerian Kewangan, apatah lagi melibatkan syarikat perjudian.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pinjaman tanpa cagaran dengan nilai sebesar itu tidak seharusnya didiamkan oleh kerajaan BN.


"Sekarang ini siapa luluskan, apa prosesnya? Mengapa didiamkan, dan apa alasan bank di Malaysia ini boleh beri pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat induk perjudian di Hong Kong dan sekarang rugi?


"Apa yang berlaku sekarang, bagaimana nak bayar dan apa kesan kepada negara. Apa respos dari kerajaan?" tanyanya menjawab pertanyaan wartawan semalam ketika lawatan beliau meninjau beberapa isu di Parlimen Port Dickson.


Selain itu, Anwar juga menggesa parti Melayu dan Islam yang sebelum ini kuat menentang judi agar mendesak kerajaan melakukan siasatan.


Tegasnya, parti Melayu dan Islam yang bergabung bersama kerajaan BN itu tidak seharusnya membisu.


"Saya rasa patut ada keberanian dari parti Melayu dan parti Islam. Takkan soal berbilion dibayar kepada syarikat perjudian, rugi pula, diam lagi. Ini harus diberi penjelasan oleh parti Melayu dan parti Islam," katanya lagi.


Terdahulu, tiga buah bank Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad telah memberi pinjaman berjumlah AS$600 juta atau RM2.51 bilion kepada syarikat perjudian Genting Hong Kong tanpa jaminan beberapa tahun lalu.


Kemuflisan syarikat Genting Hong Kong itu kemudiannya menaikkan kemarahan rakyat kerana ketiga tiga bank berkenaan melibatkan kepentingan Pemodalan Nasioanal Berhad, Khazanah dan KWSP sebagai pemegang saham antara yang terbesar

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page