top of page

Parti dapat kerusi terbanyak layak tubuh kerajaan - Gabungan NGO



Gabungan 84 NGO dan intelektual negara hari ini mempersembahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk berkenan melantik parti yang memperolehi kerusi terbanyak dalam Pilihan Raya Umum ke 15 lalu membentuk Kerajaan Persekutuan.


Menurut kandungan memorandum tersebut, 84 NGO dan intelektual terbabit berkata, Perlembagaan telah menetapkan parti yang mendapat sokongan tertinggi iaitu Pakatan Harapan (PH) boleh membentuk kerajaan tanpa menunggu cukup bilang 112 kerusi.


"Berdasar fakta PH ternyata memilikki bilangan kerusi terbanyak iaitu 82 maka PH paling layak untuk membentuk kerajaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri (PM).


"Kami amat mengharapkan Seri Paduka Baginda menimbangkan keputusan PRU 15 yang jelas adalah suara rakyat memberi mandat kepada PH menubuhkan kerajaan


"Berdasarkan sistem Westminster yang digunapakai oleh Malaysia parti yang mendapat kerusi terbanyak layak menubuh kerajaan tanpa perlu menunggu gabungan parti yang lain," kata mereka.


Menurut kenyataan itu lagi, isu pelantikan PM ke 10 tidak wajar dipanjangkan sehingga melibatkan kerugian dari segi ekonomi akibat ketidaktentuan aliran modal pasaran mahu pun masa hadapan negara.


"Lantaran itu kami berpendirian isu perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sepatutnya sudah dapat diselesaikan agar kestabilan politik dan urustadbir negara dapat diteruskan dengan lancar.


"Kelewatan melantik PM menjejaskan imej dan status Malaysia sebagai negara demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.


"Kami memohon agar Seri Paduka Baginda perkenan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM dan penentuan berapa bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau ditentukan di sidang Parlimen. Proses inilah yang sewajarnya dilaksanakan," kata mereka lagi.


Antara NGO yang terlibat menyetujui memoramdum berkenaan ialah Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Persatuan Sejarah Malaysia - Caw. KL, Ikatan Ilmuwan Islam Mengenai Dasar Dan Tadbir Urus ( IITQAN ), Teras Pengupayaan Melayu, Gagasan Darul Aman, International Islamic Tassawur Center dan lain lain.


Manakala intelektual negara di antaranya Dr Ghazali Basri, Prof Datuk Dr Mohd Yusoff Othman, Dr Abdul Halim Muhammadi, Datuk Prof Madya Mokhtar Shafie dan ramai lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page