top of page

Parodi DD Cronicle boleh cetus amarah, tidak cukup minta maaf

Updated: Feb 17



Parodi yang dilakukan Dediy Sulaeman Ra’e atau DD Cronicle yang mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan, sekali gus hukum Islam apabila mendakwa beberapa jenayah syariah bagi orang Islam bukan lagi perlakukan jenayah selepas 16 seksyen dalam enakmen jenayah syariah Kelantan digugurkan tidak boleh dimaafkan dengan mudah.


Menurut Angkatan Muda Keadilan Wilayah Persekutuan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, parodi tersebut boleh mencetuskan rasa tidak puas hati serta amarah umat Islam dan sewajarnya pihak berkuasa bertindak ke atas beliau.


Oleh itu, AMK Wilayah Persekutuan petang tadi telah membuat laporan polis ke atas pempengaruh itu di IPD Cheras.


"AMK memandang serius tindakan DD Cronicle yang melampau sehingga menghina institusi kehakiman sekaligus seolah-olah tidak menghormati kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.


"Lakonan DD Cronicle tersebut bukanlah satu parodi atau satira tetapi dibuat sengaja untuk menyentuh sensitiviti kaum dan agama yang jelas salah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu menyebabkan di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.


"Laporan Polis ini turut dibuat bagi melindungi kesejahteraan dan keharmonian agama serta menyahut titah baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di MKI ke-71 agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan," kata kenyataan AMK Wilayah.


Pergerakan pemuda itu juga bertegas permintaan maaf dan tindakan Dediy Sulaeman menurunkan kandungan parodinya adalah tidak cukup dan beliau perlu dihukum sekiranya ada kes agar menjadi tauladan pada masa hadapan.


"AMK berpendirian permohonan maaf daripada DD Cronicle adalah tidak cukup untuk kesalahan besar yang mampu mencetuskan amarah dari rakyat terhadap institusi Kehakiman.


"AMK menyeru setiap pihak agar menjadi warganegara yang bertanggungjawab dalam membuat hantaran di media sosial serta tidak memutarbelitkan fakta apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan," kata mereka lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page