top of page

Parlimen Wangsa Maju sediakan 200 laptop percuma buat pelajar



Menyedari keperluan mustahak pelajar terhadap laptop untuk meneruskan pengajian, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew mengambil keputusan menggunakan sebahagian besar peruntukan parlimennya bagi membekalkan laptop percuma kepada para pelajar.


Katanya, Kerajaan telah bercakap mengenai pendidikan secara multimedia sejak 25 tahun lalu namun sehingga kini negara masih kekurangan dana dalam menyediakan kemudahan asas pembelajaran melalui medium internet.


"Kerajaan juga bercakap tentang e-ekonomi dan pendidikan digital. Ironinya sehingga kini ramai pelajar termasuk pelajar universiti dan kolej daripada keluarga miskin masih tidak mempunyai komputer sendiri.


"Sekolah, kolej dan universiti adalah tempat terbaik melatih kumpulan besar tenaga kerja yang mahir komputer dan berbakat dalam bidang IT. Namun masih tiada program dalam sistem pendidikan kita memastikan semua pelajar dilengkapi dengan peralatan asas komputer.


"Sepanjang tempoh pandemik, apabila semua pelajar terpaksa menghadiri kelas atas talian, kedua-dua Menteri Pendidikan dan Menteri Pengajian Tinggi telah mengabaikan fakta bahawa seseorang tidak boleh belajar atas talian tanpa komputer. Kepada pelajar yang tidak mempunyai komputer, mereka telah kehilangan satu tahun dalam pembelajaran," katanya kesal.


Sehubungan itu, Dr Tan telah membeli 200 unit laptop untuk disumbangkan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5, pelajar universiti dan kolej bagi meringankan beban persiapan mereka


Permohonan tersebut katanya terbuka kepada pelajar-pelajar yang menetap di Wangsa Maju dan berpendapatan isi rumah RM 5000 ke bawah.


Permohonan boleh dibuat secara atas talian: https://forms.gle/qg4JrUEf7UGJksN39


Bagi permohonan fizikal borang hendaklah diserahkan sebelum 10 Juali 2022.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page