top of page

Parlimen Wangsa Maju anjur kempen 'Jom Daftar Vaksinisasi'



Walaupun program pendaftaran vaksin telah bermula, namun masih kurang mendapat sambutan kerana sedikitnya kesedaran daripada orang awam.


Masih ramai individu yang belum mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19, terutama warga emas yang tidak mengetahui saluran untuk berbuat demikian.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew baru-baru ini mengambil inisiatif menganjurkan kempen 'Jom Daftar Vaksinisasi' dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).


Menurut Dr Tan, kerajaan perlu menggiatkan lagi penerangan dalam isu vaksinasi agar lebih ramai rakyat yang mendaftar.


"Pihak kerajaan perlu menambahbaik penyampaian maklumat tentang Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dengan memperluaskan dan lebih kerap menyampaikan kesedaran tentang keperluan vaksin ini.


"Pihak kami berusaha memberi maklumat dan menjawab setiap persoalan sebaik mungkin, kami berpendapat setiap rakyat perlu dijamin kesihatan mereka terutama dalam usaha melawan Covid-19 ini," katanya


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, pendaftaran juga masih perlu dilakukan secara kaunter bergerak kerana banyak warga emas kurang faham menggunakan aplikasi MySejahtera.


"Walaupun fungsi pendaftaran telah wujud dalam aplikasi MySejahtera, tetapi penduduk terutamanya warga emas masih memerlukan bantuan untuk mengisi pendaftaran, selain tidak cakna dengan maklumat terkini," katanya.


Kempen ‘Jom Daftar Vaksinasi’ telah berlangsung selama 2 hari di Parlimen Wangsa Maju merangkumi kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperi PPR Gombak Setia, Flat Taman Melati, Flat Wangsa Maju Seksyen 1, 2, 4 dan Flat Taman Melati.


Program ini juga dijalankan di Jalan Gombak yang melibatkan kampung tradisi, Kampung Puah, Kampung Sungai Mulia, Kampung Padang Balang dan Kampung Lee Kong Chian. Selain daripada itu, kempen ini juga diadakan di kawasan komersil di Taman P. Ramlee, Taman Setapak Indah, Taman Bunga Raya dan Prima Setapak.


Program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa agar peratusan penduduk yang mendaftar terus meningkat.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page