top of page

Parlimen Tanjung Malim jelajah Back To School seluruh kawasan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 2
  • 1 min read


Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Malim telah menjelajah ke seluruh kawasan untuk mengagihkan bantuan persekolahan di bawah program Back To School.


Menurut Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang, program berkenaan telah berjaya menyampaikan sumbangan kepada para pelajar sekolah yang memerlukan bantuan peralatan.


"Dalam Program Back to School baru-baru ini, Pegawai Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Malim telah turun ke seluruh Parlimen Tanjong Malim untuk menyampaikan sumbangan kepada para pelajar yang memerlukan.


"Ada juga yang hadir sendiri ke Pejabat Parlimen bagi menerima bantuan.


"Saya sentiasa menekankan kepentingan pendidikan dan pembangunan modal insan, bukan sahaja di peringkat MOSTI, tetapi juga di Parlimen Tanjong Malim.


"Pembangunan bakat adalah kunci untuk membina generasi yang lebih berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," katanya dalam muat naik di Facebook.


Lih Kang mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Beliau berharap para pelajar berkenaan akan cemerlang dalam pelajaran.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page