top of page

Parlimen Sungai Buloh guna aplikasi OSEM untuk pendidikan atas talian



Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh mengambil pendekatan terbaik dengan mendapatkan penaja bagi pelajar-pelajar golongan B40 untuk belajar secara atas talian (online).


Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah (gambar, kiri sekali), pelajar di Parlimen tersebut bertuah kerana pengasas OSEM Sdn Bhd, Datuk Abdul Radzeen bermurah hati menaja aplikasi berkenaan.


"Mengajar melalui online bukan senang dan murid-murid menghadapi cabaran peranti atau data tidak cukup yang biasanya dialami keluarga B40.


"Selepas melihat semua itu, kita hubungi Datuk Radzeen dan pasukan beliau OSEM. Hasil perbincangan OSEM bersetuju menaja sejumlah murid-murid dari peringkat UPSR, PT3 dan SPM (untuk belajar secara atas talian).


"Hari ini saya ucapkan terima masih kepada kemurahan hati Datuk Radzeen dan pasukan mereka untuk membantu keluarga B40 di Sungai Buloh.


"Pakej ini telah ditawarkan ke semua sekolah di Sungai Buloh, sekolah kerajaan, Cina, Tamil dan agama," katanya dalam sidang media semalam.


Menurut Sivarasa lagi, syarikat OSEM menaja aplikasi pembelajaran tersebut untuk 12 bulan


Aplikasi tersebut juga, kata Sivarasa amat diyakini rakyat Malaysia dan telah terjual ratusan ribu unit.


"Untuk Parlimen Sungai Buloh, OSEM sanggup membantu 5,000 murid. Senarai yang kita terima dari sekolah di Parlimen Sg Buloh ada 3,000 lebih pemohon bagaimana pun ada data yang tidak lenggap, hanya 1,420 yang lengkap yang lain akan diuruskan kemudian.


"Pakej ini secara komersial kena bayar RM68 sebulan dan kita menawarkan kepada murid-murid golongan B40 (secara percuma) di tiga tahun peperiksaan, UPSR, PT3 dan SPM," katanya.

Datuk Radzeen, CEO OSEM

Bagi CEO OSEM, Datuk Radzeen, apps berkenaan amat membantu pelajar yang menghadapi peperiksaan kerana pelajar dapat maklumat langsung dari guru. Katanya, apps tersebut terdapat 17,000 guru yang berterusan beri nota dan latihan setaip hari.


"Apa yang menarik apps ini murid menjawab banyak soalan. Pelajar boleh belajar dengan pelajar lain, kita lawan, mereka boleh jawab soalan latihan yang diberi guru-guru. Mereka kena jawab dengan tepat dan dengan betul.


"Bila mereka dapat jawab dengan betul kita akan bagi gol (mata). Jadi mereka akan seronok untuk mengumpul gol. Seminggu sekali kita akan keluarkan satu hadiah untuk seluruh Malaysia. Yang dapat gol tinggi akan dapat hadiah. Kita keluarkan lebih 300 hadiah.


"Kelebihan apps ini juga pelajar boleh buat sehingga 1,000 latihan seminggu. Zaman sekarang semuanya perlukan apps. Oleh itu apps ini sesuai dengan jiwa pelajar," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page