top of page

Parlimen sehari: Tiada bahas, PM guna kuasa mutlak lulus peruntukan?


Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran mempersoalkan rasional kerajaan Perikatan Nasio

nal menghadkan sidang parlimen sesi Mei ini kepada sehari.


Parlimen sehari: Tiada bahas, PM guna kuasa mutlak lulus peruntukan?

Menurutnya, Parlimen memegang kuasa tertinggi dalam penggubalan undang-undang di Malaysia. Oleh itu, sesi wajar diadakan lebih daripada sehari bagi membincangkan isu mendesak seperti peruntukan tambahan melawan Covid 19 dan lain-lain.


"Tak kan Parlimen tidak boleh dibuat sesi khas, kita adakan penjarakkan anggota, pakai topeng dan boleh juga dibuat secara atas talian seperti di luar negara


"Kita juga boleh menjemput wakil-wakil parti (jumlah terhad) untuk datang berbincang isu Covid 19 demi keselamatan rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.

Menurut Prabakaran lagi, pembangkang perlu menyoal peruntukan yang diluluskan kerajaan dari mana sumbernya, ke mana akan disalurkan atau memberi idea baharu melawan Covid 19.


"Kita mahu tahu mana duit itu pergi, betulkah digunakan untuk bantuan. Jika nak tambah (bantuan) ia baik untuk negara kita. Kita boleh bagi pandangan.


"Tetapi kalau platform itu tidak berlaku perdana menteri boleh guna kuasa (mutlak) beliau untuk meluluskan sebanyak mana duit yang dia mahu. Tidak ada sesiapa bangkang. Dalam hal ini kita mesti buat perbandingan, perlu ada check and balance," katanya lagi.


Sidang Parlimen sebelum ini dicadangkan pada 18 Mei. Sidang yang digembar-gemburkan akan menjadi medan ujian kuasa kepada kerajaan PM Muhyiddin Yassin sebaliknya menjadi antiklimaks apabila diadakan sehari dan hanya untuk mendengar ucapan Yang DiPertuan Agong tanpa sesi perbahasan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page