top of page

Parlimen sebulat suara luluskan RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 28, 2022
  • 1 min read


Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkenaan anti lompat parti menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.


Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengumumkan 209 Ahli Parlimen menyokong RUU tersebut dan 11 tidak hadir.


"Ini adalah keputusan bacaan kali ketiga. Undi bersetuju 209, tidak hadir 11. Maka lebih 2/3 undi majoriti bersetuju maka RUU ini dibacakan buat kali ketiga dan diluluskan sekarang.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua ahli yang berhormat yang telah mencipta sejarah hari ini," katanya diakhir sesi dewan petang tadi.


Dengan pindaan yang diluluskan itu, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika bertindak keluar parti atau mengumumkan keluar parti.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen tidak akan hilang kerusi jika parti mereka dibubarkan atau bergabung dengan parti lain, atau sekiranya mereka keluar parti untuk menjadi speaker Dewan Rakyat.


RUU Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti memerlukan sekurang kurangnya 147 Ahli Parlimen menyokong untuk meminda Perlembagaan dan meluluskan RUU berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page