top of page

Parlimen Rakyat: Adakah PM setuju pelepasan Riza Aziz?


Kes pengubahan wang haram anak tiri bekas Perdana Menteri (PM) Najib Razak yang mendapat 'jalan keluar' beberapa hari lalu terus mengundang kontroversi. Bagi William Leong Jee Keen (Ahli Parlimen Selayang) soalan mengenai pelepasan Riza Abdul Aziz daripada kes berkenaan sepatutnya menjadi keutamaan untuk ditanya di Parlimen. Malangnya Parlimen diarahkan untuk hanya mendengar titah Yang DiPertuan Agong sahaja Sehubungan itu, William menyebar pertanyaannya ke platform Parlimen Rakyat, meminta PM Muhyiddin Yassin menyatakan melalui suatu kenyataan umum, sama ada Perdana Menteri bersetuju dengan “plea bargaining” dan pelepasan tanpa pembebasan bagi kes Riza atas tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan AS$ 248 juta (RM1.08 billion) yang berkaitan wang 1MDB dengan memulangkan hanya AS$ 107.3 juta (RM465.3 juta). Soalan tambahan, adakah PM bersetuju perjanjian “plea bargaining” yang sama bagi melepaskan Datuk Seri Najib Razak dan ahli-ahli politik kanan lain yang sedang berhadapan dengan mahkamah atas pelbagai pertuduhan jenayah yang melibatkan berbillion ringgit? Soalan-soalan tersebut, menurut William, perlu dijawab oleh PM sama ada di Parlimen atau di luar. "Di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan, Kabinet bertanggungjawab secara bersama (‘collectively responsible’) kepada Parlimen. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. "Parlimen bukan hanya sekadar satu bangunan tetapi terdiri daripada 222 ahli Dewan Rakyat dan 70 ahli Dewan Negara. Satu cara bagi Kabinet meletakkan kebertanggungjawaban terhadap Parlimen adalah melalui soalan-soalan Ahli Parlimen. Perdana Menteri dan Kabinet harus menjawab soalan-soalan baik dalam atau luar bangunan Parlimen. "Memandangkan Perdana Menteri telah memutuskan bahawa sidang Parlimen pada Isnin 18 Mei 2020 akan ditangguhkan ke 13 Julai 2020 selepas Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa perbahasan dan sesi soalan Parlimen, ahli-ahli Parlimen mempunyai kewajipan untuk bertanya soalan di luar bangunan Parlimen," kata William dalam satu kenyataan. Katanya lagi, PM dan Kabinet harus memenuhi tanggungjawab mereka di bawah Perlembagaan untuk menjawab dengan penuh serta jelas bagi memenuhi hasrat rakyat. "Rakyat memandang berat sama ada keadilan dan kedaulatan undang-undang akan dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional berkenaan dengan rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa yang melibatkan berbillion-billion ringgit wang rakyat. Covid-19 dan PKP tidak menghalangkan jawapan diberikan," ujarnya. Sidang Parlimen pada Isnin 18 Mei yang tidak mempunyai sesi soal jawab amat mengecewakan rakyat kerana begitu banyak soalan membabitkan urustadbir negara sepanjang wabak Covid 19 melanda tidak dapat dibereskan. Malah undang-undang baharu menghadapi 'new normal' selepas wabak Covid juga tidak dapat digubal.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page