top of page

Parlimen lulus dua RUU perlindungan sosial pekerja

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Dewan Rakyat pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025, sekali gus membuka fasa baharu dalam sistem perlindungan sosial negara.


Menteri Sumber Manusia (KESUMA) Steven Sim (gambar) berkata, pindaan tersebut membolehkan kerajaan memperkenalkan Skim Lindung 24/7 untuk golongan pekerja, selaras dengan perubahan corak kerja semasa yang semakin mengutamakan model kerja hibrid dan aturan kerja anjal.


"Skim di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini memberi perlindungan kemalangan menyeluruh kepada pekerja pada setiap masa, termasuk di luar waktu bekerja.


"Pekerja tidak lagi perlu membuktikan bahawa kemalangan berlaku dalam waktu kerja untuk layak membuat tuntutan," katanya dalam satu kenyataan susulan.


Tambahnya, skim yang menetapkan standard baharu perlindungan sosial itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 10 juta pekerja formal di seluruh negara.


Perlindungan ditawarkan merangkumi pelbagai faedah, termasuk faedah perubatan, hilang upaya sementara dan kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat, serta kemudahan pemulihan dan pinjaman pendidikan.


Selain RUU tersebut, Dewan Rakyat turut meluluskan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025.


RUU itu bertujuan meningkatkan faedah kepada pencarum PERKESO kehilangan pekerjaan serta memperkukuh tadbir urus pelaksanaan Sistem Insurans Pekerjaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page