
Parlimen Kota Raja, Selangor akan melancarkan Program Latihan dan Membina Kerjaya pada awal tahun hadapan untuk para belia menganggur memperbaiki skil kemahiran mereka.
Menurut Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri Sentosa, Danish Hairudin, program berkekaan akan dianjurkan oleh pihak NGO dan syarikat swasta sebagai tanggungjawab sosial untuk membantu masyarakat setempat.

"Bagi membantu anak muda mendepani cabaran ekonomi dalam tempoh pandemik Covid 19 ini, saya bersama dengan rakan-rakan NGO dan juga pihak swasta melancarkan satu Program Latihan dan Membina Kerjaya.
"Program ini dirangka bagi membantu anak muda yang masih menganggur untuk menambah kemahiran dan membina kerjaya. Pada peringkat awal, saya akan memberi fokus dan membuka peluang khusus kepada anak muda di Parlimen Kota Raja.
"InsyaAllah, jika program ini mendapat sambutan saya akan meluaskan keseluruh negeri Selangor. Semoga usaha kecil ini dapat membantu anak muda untuk terus bersaing dalam mendepani cabaran ekonomi yang edan," katanya.
Justeru, beliau menjemput semua anak muda khusus di Palimen Kota Raja yang masih menggangur dan masih mencari pekerjaan untuk menyertai program tersebut.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Disember 2021 dan penyertaan boleh dilakukan secara atas talian di https://forms.gle/835exNBmV3MNXh1n9