top of page

Parlimen ditutup, Ahli Parlimen berucap di Dataran Merdeka


Parlimen ditutup oleh Kerajaan Perikatan Nasional hari ini.


Jalan masuk ke Parlimen ditutup dan dikawal ketat oleh polis.


Oleh itu, Ahli Parlimen yang berkumpul di perkarangan Parlimen hari ini dihalang dari memasuki kawasan bangunan Parlimen dan membuat keputusan bergerak ke Dataran Merdeka.


Selain beratus-ratus anggota polis, turut di tempatkan di perkarangan bangunan Parlimen adalah Black Maria, seolah-olah memberikan amaran bahawa mereka yang engkar akan ditangkap dan di bawa ke balai polis.


Polis hanya membenarkan kereta yang membawa Pengerusi PAC, Wong Kah Woh masuk ke bangunan Parlimen selepas berunding dengan polis. Pengerusi PAC, Wong Kah Woh juga disekat dari masuk ke Parlimen untuk menjalankan sidang PAC hari ini.


Menurut beliau, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Norhisham Abdullah dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba dijadulkan menyertai sidang khas PAC itu jam 10.30 pagi ini.


“Saya difahamkan kedua-dua mereka telah berada di dalam bangunan Parlimen,” kata Wong dipetik Malaysia Dateline.


Ketika ini berlangsung ucapan ahli-ahli parlimen di Dataran Merdeka mengecam kerajaan PM Mahiaddin Yassin

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page