Parlimen dicadang bersidang seminggu - Johari Abdul



Suasana darurat tidak sepatutnya tidak menghalang Parlimen daripada bersidang sebagaimana siri darurat selepas negara merdeka yang tidak menggantung sidang Dewan Rakyat dan membenarkan pilihan raya umum.


Bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, sekiranya Kerajaan Perikatan Nasional gentar untuk membenarkan sidang penuh Dewan Rakyat yang berkemungkinan mereka gagal meluluskan rang undang-undang maka sidang boleh dipanggil hanya untuk membincangkan isu-isu melawan Covid 19.


"Kerajaan boleh membuat sedikit penyesuaian untuk persidangan ini, contohnya tidak akan ada urusan meluluskan undang-undang.


"Ianya lebih kepada isu-isu yang melibatkan rakyat dan mungkin kita pendekkan Parlimen untuk seminggu dan isu-isu yang dibangkitkan hanya berkaitan rakyat


"Atau pun kerajaan boleh buat Parlimen maya (virtual). Kita buat secara zoom meeting misalnya. Saya faham sidang maya tidak ada peruntukan dalam standing orders, kita boleh ubah standing orders itu, (ada) kuasa kita untuk ubah," katanya dalam program Bicara Ahli Parlimen melalui Facebook malam tadi.


Menurut Johari lagi, terdapat rakyat yang memberi cadangan kepada beliau agar Ahli-ahli Parlimen meneruskan sidang secara maya biarpun sesama Ahli Parlimen pembangkang.


Perkara yang penting, katanya, isu-isu rakyat diutarakan dan kerajaan boleh respons.


"Sebab itu ada rakyat yang cadangkan sidang dibuat secara maya dan membincangkan isu yang terkait dengan mereka. Saya sokong idea ini dan akan bincangkan dengan kawan-kawan.


"Saya kira kita boleh mulakan. Walaupun kerajaan tidak mulakan, saya kira perlu ada orang yang mula perbincangan ini supaya kerajaan dan rakyat jangan terpisah.


"Apabila Ahli Parlimen tidak berbincang tentang masalah rakyat, maknanya rakyat dan kerajaan terpisah. Bila terpisah sudah tentu rasa tidak puas hati akan timbul.


"Saya kira sampai masanya kerajaan memikirkan untuk menggunakan segala bentuk media agar rakyat dilibatkan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio