Parlimen bukan jabatan kerajaan, perlu bersidang secara penuh - Hassan Karim


Pembukaan Parlimen 5 hari bermula 26 Julai sebagai formaliti dan sekadar mentaati titah Yang di-Pertuan Agong ditentang oleh majoriti rakyat.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, Parlimen tidak boleh diturunkan darjatnya kepada jabatan kerajaan di bawah kuasa menteri yang boleh dihadkan waktu bersidang sesuka hati.


Menurut beliau, Parlimen perlu berjalan dengan perbahasan dan pengundian sebagaimana ditetapkan dalam peraturan mesyuarat.


"Rakyat di bawah mengharapkan Ahli Parlimen bersuara tentang kesusahan mereka.


"Suka saya menyatakan peranan Parlimen sangat penting. Parlimen bukanlah jabatan di bawah kuasa Perdana Menteri (PM). Parlimen bukan satu agensi.


"Parlimen perlu bersidang mengikut peruntukan Perlembagaan. Mesti ada perbahasan, ada usul dikemukakan, ada pengundian.


"Parlimen tidak boleh jadi sesi taklimat oleh menteri. Malah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja telah bersuara supaya Parlimen menjalankan peranan semak dan imbang dalam waktu darurat.


"Sejak Januari sampai sekarang banyak peruntukan telah dikeluarkan oleh kerajaan. Tugas Parlimen adalah semak perbelanjaan dalam pelbagai program ransangan, dan yang terbaharu Pemulih," katanya dalam siaran langsung Facebook.


Tegas Hassan, banyak ordinan telah dibuat semasa pemerintahan Darurat.


Oleh itu, ordinan tersebut mesti dibahaskan di Parlimen bagi menentukan kesesuainnya untuk diteruskan sebagai akta apabila Darurat tamat, atau ia akan mansuh begitu sahaja selepas Darurat ditarik balik.


Begitu juga pelaksanaan pakej ransangan ekonomi seperti Pemulih yang perlu dibahaskan hala tujunya.


"Pemulih belanja hingga RM150 bilion. Perkara itu perlu dibahaskan.


"Dalam tempoh darurat ini banyak odinan digubal jadi perkara itu mesti dibentang, dibahas, diputuskan sama ada undang-undang itu patut dimansuhkan atau sebagainya


"Dalam keadaan sekarang, rakyat bawahan bukan sahaja perlu makanan tetapi juga pekerjaan, wang ringgit dan sebagainya. Isu ini sangat penting di bawa ke Parlimen," katanya.


Beliau juga mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional bahawa PM Mahiaddin Yassin telah kehilangan majoriti sebaik sahaja Umno menarik balik sokongan.


Kata Hassan, hanya kenyataan Peguam Negara yang menyebut kehilangan majoriti tidak boleh diukur melalui pengumuman seorang presiden parti yang menyelamatkan PN.


Oleh itu, tambah beliau, institusi Parlimen perlu digunakan bagi menguji sokongan Ahli-ahli Parlimen terhadap pentadbiran Mahiaddin.


"Malah Peguam Negara sebut menentukan majoriti tidak boleh dilakukan dengan kenyataan akhbar atau kenyataan ketua parti, mesti oleh Ahli Parlimen.


"Saya setuju, dengan syarat Parlimen diadakan dan majoriti PM ditentukan dalam Dewan Rakyat.


"Saya berharap usul Undi Percaya terhadap PM dibentangkan di Parlimen. Sudah sampai masanya kita bergerak menyelesaikan masalah," katanya.


Namun, bagi Hassan, memandangkan kerajaan PN telah gagal total dalam perang melawan Covid 19 dan rakan politiknya telah menarik diri, adalah lebih mudah jika Mahiaddin mengambil langkah berprinsip meletak jawatan dan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik PM baharu.


"Kerajaan Mahiaddin gagal urus pandemik, urus ekonomi, gagal jamin sosial. Ramai bunuh diri.


"Suka atau tidak saya seru PM seeloknya jangan susahkan rakyat, Agong atau Raja-raja. Jangan susahkan institusi (pemerintah).


"Dengan hormatnya letak jawatan. Anda gagal, rakyat susah, negara hancur. Anda sebagai PM cukuplah, bersara sekarang, letaklah jawatan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER