top of page

Parlimen bubar, Menteri Kerajaan Sementara tiada kuasa penuh - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 11, 2022
  • 1 min read


Pembubaran Parlimen yang berlaku semalam perlu dipatuhi oleh para Menteri Kabinet Kerajaan BN - PN.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil, biar pun Jemaah Menteri kekal dalam Kerajaan Sementara tetapi mereka tidak lagi berkuasa penuh seperti sebelum ini.


Katanya, banyak sekatan dan perkara tidak boleh dilakukan oleh Menteri Kerajaan Sementara.


"Kontrak projek tidak boleh ditandatangani terutama projek berskala besar atau berkepentingan awam


"Jentera kerajaan tidak boleh digunakan untuk berkempen politik. Perdana Menteri dan Kabinet Kerajaan Sementara tidak boleh umum apa-apa ‘hadiah pilihanraya’


"Juga Menteri serta Timbalan Menteri mesti pulangkan aset kerajaan," katanya.


Tegas Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan itu, semua prinsip berkenaan perlu dijadikan rukun bagi Kerajaan Sementara untuk mengelakkan rasuah, salah guna kuasa atau persepsi salah dalam kalangan rakyat.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page