top of page

Parlimen ASEAN perlu dengar suara rakyat, perjuang kesejahteraan bersama

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Helmi Mohd Foad


Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyambut baik gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar wakil-wakil rakyat negara anggota ASEAN melalui Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) mendengar dan mengambil kira suara rakyat dalam menentukan hala tuju rantau ini.


Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata MAPIM memandang serius keperluan agar suara rakyat benar-benar diangkat dalam membuat keputusan di peringkat serantau dan menjadikannya sekadar retorik dalam deklarasi rasmi.


"MAPIM percaya Ahli Parlimen mesti menjadi suara nurani rakyat yang lantang membela keadilan, menolak hipokrasi dan memperjuangkan kesejahteraan bersama.


"Seruan Perdana Menteri ini seharusnya menjadi titik tolak kepada reformasi peranan AIPA sebagai institusi yang benar-benar mencerminkan mandat rakyat ASEAN," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Azmi berkata seruan Perdana Menteri itu amat relevan dan perlu diterjemahkan ke dalam kerangka dasar dan tindakan nyata.


"Suara masyarakat sivil, golongan tertindas, pekerja, petani, wanita, belia dan komuniti akar umbi mestilah diberi ruang dalam proses legislatif dan dasar ASEAN," ujarnya.


Justeru itu beliau berkata AIPA digesa mewujudkan Platform Perundingan Awam ASEAN bagi rakyat menyuarakan pandangan terhadap isu-isu seperti keadilan sosial, hak asasi, kemiskinan, penindasan minoriti dan pencemaran alam sekitar.


Katanya MAPIM turut menolak campur tangan luar yang menggugat kedaulatan politik dan keutuhan komuniti di ASEAN termasuk pengaruh kuasa besar yang memperalatkan dasar ekonomi dan keselamatan serantau.


"Memastikan solidariti serantau terhadap isu-isu kemanusiaan seperti Palestin, Rohingya dan penindasan ke atas umat Islam di wilayah minoriti," tegasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page