Parlimen ASEAN gesa Malaysia henti gangguan kepada Ahli Parlimen



Siasatan polis ke atas Ahli ahli Parlimen Malaysia yang menyertai himpunan aman minggu lalu mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki meletak jawatan mendapat teguran Asean Parliamentarians for Human Rights (APHR).


Merujuk dua Ahli Parlimen, Maria Chin Abdullah dan Fahmi Fadzil yang disiasat polis berhubung penglibatan mereka dalam protes antirasuah pada 20 dan 22 Januari itu, APHR menganggap gangguan tersebut merupakan usaha pihak berkuasa menutup mulut pembangkang.


"Membimbangkan apabila Malaysia terus-menerus menggunakan jentera kerajaan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan suara pembangkang, termasuk Ahli Parlimen sebagai sebahagian daripada cubaan menutup mulut mereka,” kata Risa Hontiveros, seorang ahli Parlimen dari Filipina.


Anggota APHR itu berkata, reaksi kerajaan terhadap tunjuk perasaan secara aman dan sah yang menggesa pegawai tinggi kerajaan bersikap bertanggungjawab tidak seharusnya diganggu, sebaliknya pihak berkusa perlu menyiasat kebimbangan yang ditimbulkan.


"Oleh itu, kami bersolidariti bersama Ahli ahli Parlimen terbabit dan mengingatkan kerajaan Malaysia bahawa pasukan polis harus digunakan bukan untuk mengganggu atau menakut-nakutkan pengkritik kerajaan tetapi untuk melindungi dan menghormati hak rakyat dalam membantah dan mengekalkan kebebasan bersuara,” katanya.


Dalam laporan tahunan APHR terbaharu, di bahagian Ahli-ahli Parlimen Berisiko yang diterbitkan pada 2021, mendapati gangguan dari segi undang-undang terhadap Ahli Parlimen pembangkang di Malaysia meningkat dengan situasi yang membimbangkan bersama tindakan keras yang teruk terhadap kebebasan bersuara.


Minggu lalu, selain Fahmi dan Maria, Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam) dan Teresa Kok (Seputeh) serta tiga ADUN, Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Young Syefura Othman (Ketari) dan Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) turut disiasat pihak polis.


Beberapa pimpinan dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga diambil keterangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER