top of page

Parlimen 5 hari: Jaminan Takiyuddin ada perbahasan mengelirukan - Syed Ibrahim


Jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Parlimen, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa sidang Parlimen hujung Julai ini akan dibuka kepada ruang perbahasan dianggap mengelirukan.


Menurut Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, perbahasan merupakan sesuatu yang tidak disenaraikan dalam notis memanggil Ahli Parlimen bersidang 26 Julai ini.


Katanya, jadual mesyuarat khas itu lebih banyak kepada sesi pembentangan dan mengedar taklimat daripada menteri sahaja


"Dalam surat yang dihantar kepada Ahli Parlimen disebut mengenai membentangkan Proklamasi Darurat pertama. Bentang dalam bahasa Parlimen ialah 'letak atas meja'. Bukan untuk dibahaskan tetapi letak atas meja. Mana-mana Ahli Parlimen kalau nak bangkitkan, mereka boleh bangkitkan tetapi bukan untuk dibahas atau digulung mana-mana menteri. Jadi tidak akan dibahaskan.


"Mengenai Proklamasi Darurat kedua, penangguhan Pilihan Raya Kecil Grik, Bugaya di Sabah. Dibentangkan, letak atas meja tidak ada ruang untuk perbahasan.


"Ketiga, mengenai notis penerangan saya rasa rakyat pun tahu, berkenaan program pemulihan negara, berkenaan vaksin, Covid dan ekonomi.


"Jadi ini, sekali lagi ikut notis adalah majlis penerangan yang akan disampaikan oleh menteri berkenaan, dan dalam perenggan terakhir Ahli Parlimen akan dibenarkan oleh Speaker mohon penjelasan, ini yang kabur.


"Hari ini saya dengar dari menteri undang-undang boleh dibahaskan. Kalau boleh dibahaskan, patut sebut dalam notis hal ini akan dibahaskan dan diberi ruang untuk dibangkitkan persoalan serta digulung oleh menteri," katanya dalam forum anjuran Angkatan Muda KEADILAN Johor bertajuk : "Kerajaan Rakyat vs Kerajaan Muhyiddin", malam tadi.


Menurut beliau, sidang Parlimen yang memenuhi standard haruslah membenarkan perbahasan, soal jawab dan diundi untuk dibuat keputusan.


Tanpa disiplin itu diamalkan, katanya, maka proses politik yang melibatkan Parlimen akan pincang.


"Maksudnya kita ada ruang bertanya, memberi pandangan dan mendengar maklum balas dari menteri. Itulah sidang Parlimen selama ini.


"Saya rasa kalau kita sebut ini dikatakan sebagai politiking maka demokrasi berparlimen negara kita akan jahanam kerana kita tidak diberi ruang itu sebagaimana dikatakan fungsi Ahli Parlimen


"Apa dia politik? Ia adalah urusan yang menyangkut tentang pentadbiran, penelitian, tentang masalah rakyat dan selesaikan masalah rakyat.


"Sebahagian daripada politik ialah fungsi Parlimen. Kalau ia hanya dibentangkan, diberi penerangan, maknanya kita gagal laksana amanah sebagai Ahli Parlimen," katanya.


Oleh itu, Syed Ibrahim berkata, tidak hairan hari ini bukan sahaja pembangkang yang mengkritik kerajaan, tetapi juga golongan profesional dan malah bekas pakar-pakar di sektor awam mula mempersoalkan polisi kerajaan.


"Defisit kepercayaan ini satu tonggak sangat penting. Kalau nak kata kita Pembangkang (yang kritik), sebenarnya kini bukan lagi pembangkang, kelmarin mantan Ketua Pengarah Kesihatan pertama kali mendedahkan perasaan beliau dalam Facebook.


"Dia sebut secara jelas ini satu kegagalan, bukan lagi datang dari pemimpin politik tetapi pakar-pakar, mereka yang terlibat secara langsung dalam sistem itu dan mereka memahami bahawa ini satu keadaan yang sangat parah.


"Zaman kerajaan tahu apa yang terbaik dah lama berlalu. Hari ini orang masuk Google ramai yang lebih tahu. Mahu kata kita pakar semua, orang lain pun boleh beri pandangan dan kadang-kadang pandangan mereka itu bernas. Sebagai kerajaan yang jujur mesti mengakui kelemahan. Jangan kata semua benar, betul atau kita hebat


"Kedua libatkan lebih ramai pihak supaya lebih banyak pandangan diterima dan terbuka untuk dilaksanakan. Dalam isuCovid misalnya saya tengok ramai doktor pakar memberi pandangan apa yang diamalkan (dan sukses) oleh negara lain," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page