top of page

Paradigma baharu akan terbina menjelang PRU 15



Lulusnya Rang Undang Undang (RUU) Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti baru baru ini akan memberi paradigma atau ruang pemikiran baharu kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Menurut Presiden Pertubuhan Rapat Rakyat, NGO mendukung perjuangan reformasi, Mustaffa Kamil Ayub, kesedaran baharu itu bakal menyaksikan peratusan keluar mengundi rakyat kembali 'meriah' seperti PRU 14 dan tidak akan mengalami 'pemboikotan' sebagaimana dalam 2 siri Pilihan Raya Negeri di Melaka dan Johor.


"Dengan RUU ini keyakinan rakyat akan meningkat semula kepada parti politik dan pimpinan politik. Dengan itu saya yakin peratusan keluar mengundi akan meningkat kembali dalam PRU ke 15


"PRU 15 merupakan medan baharu yang akan terbina dengan sentimen baharu, dan saya rasa rakyat Malaysia sedang menunggu nunggu, saya fikir akan akan ada paradigma baharu, tambahan pula dengan lulusnya RUU anti lompat parti


"Ia akan mengembalikan maruah politik Malaysia. Ini juga yang dimahukan oleh pelbagai pihak sama ada kerajaan atau pembangkang," katanya dalam forum maya bertajuk "RUU Anti Lompat Parti, Melanggar Hak Asasi Manusia Atau Tidak?.


Mengenai soalan moderator, adakah RUU berkenaan sebagaimana dikatakan oleh sesetengah aktivis hak asasi sebagai melanggar hak asasi ahli politik, Mustaffa berpendapat sebaliknya.


Katanya, hak asasi pemilih atau pengundi yang majoriti lebih penting berbanding hak asasi wakil rakyat yang mahu melompat.


"Kita lihat lompat parti ini dari 1964 sehingga kini berlaku. Cuma tempoh sedekad terakhir ini ia menjadi satu perkara yang penting untuk kita tangani sebab berlaku perubahan Kerajaan Negeri seperti di Perak pada 2009.


"Lebih parah apabila berlaku Langkah Sheraton pada 2020 dan berikutnya perubahan kerajaan 2021 pembentukan PN 1.0 yang dipimpin Muhyiddin Yassin dan kemudian PN - BN yang Perdana Menterinya Ismail Sabri


"Di sini dari segi teknikal itu mungkin ada perbezaan pandangan tetapi yang utama pandangan saya ia tidak melanggar hak asasi manusia dari segi berpersatuan dan memilih, sebab rakyat telah memilih satu parti, mereka memilih atas dasar parti.


"Rakyat lebih utama berbading kepentingan peribadi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page