top of page

Papar harga ubat langkah lindungi hak pengguna - CAP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik penguatkuasaan undang-undang baharu yang mewajibkan semua kemudahan kesihatan swasta dan farmasi komuniti di Malaysia memaparkan harga ubat.


Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader (gambar) berkata, penguatkuasaan itu merupakan langkah penting dalam memastikan ketelusan dan hak pengguna.


"Ubat adalah barangan penting dalam kehidupan seharian. Dengan kadar inflasi perubatan negara mencecah 15 peratus, penting untuk rakyat mengetahui harga ubat secara terbuka.


"Langkah ini titik tolak kepada pembentukan sistem kesihatan yang lebih adil, telus dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.


"Ia bakal memberi kuasa kepada pengguna untuk membuat pilihan termaklum, membandingkan harga, dan mengelakkan caj yang tidak munasabah," katanya dipetik.


Bermula 1 Mei, semua premis klinik dan farmasi komuniti wajib memaparkan harga ubat yang dijual di premis masing-masing kepada pengguna.


Arahan itu dikuatkuasakan menerusi pewartaan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 yang menetapkan semua ubat perlu disertakan dengan tanda harga yang jelas, sama ada di rak pameran, katalog atau senarai harga bertulis.


Selain CAP, langkah itu itu turut disokong oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna lain, antaranya Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) termasuk RURAL Malaysia, TERAS Pengupayaan Melayu dan Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL).

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page