top of page

Pantau scammer iklankan peluang bantuan, program bantuan kerajaan



Program dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Madani sejak setahun memerintah begitu menarik perhatian sehingga muncul banyak laman web yang mengiklankan bantuan tersebut namun tidak diketahui kesahihannya.


Menurut Senator Abun Sui Anyit, pengiklanan yang mengelirukan tersebut mungkin dilakukan oleh scammers dan boleh memangsakan pihak yang benar benar ingin mendapatkan bantuan kerajaan dan kelak akan memburukkan imej Kerajaan Madani.


"Sejak akhir-akhir ini banyak pihak berminat menghebahkan peluang peluang pekerjaan dan program program yang disediakan oleh kerajaan.

"Pihak pihak berkenaan adalah seperti porta -portal yang baru dan tidak dikenali.


"Apa yang menjadi persoalan, ada pihak yang mengambil kesempatan daripada mereka yang mungkin memang berniat mencari pekerjaan tetapi akhirnya terjerumus dalam perangkap scammers.


"Begitu juga kononnya pihak kerajaan menawarkan bantuan kewangan seperti STR, E-MADANI dan lain-lain tetapi hakikatnya pihak tersebut juga adalah scammers," katanya dalam satu kenyataan.

Salah satu iklan yang meragukan di media sosial

Abun Sui yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Malaysia berkata, kerajaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi isu berkenaan dengan mengenakan syarat kepada laman web yang mahu mengiklankan program bantuan kerajaan perlu berdaftar dan menunjukkan nombor pendaftarannya.


Kerajaan pula, katanya, perlu menyediakan platform untuk menyemak sama ada nombor pendaftaran laman web berkenaan benar atau tidak.


"Ini penting supaya pengguna internet dan netizen tidak terjerumus dalam perangkap mereka yang tidak bertanggungjawab.


"Kita juga menyarankan agar portal portal sah seperti BERNAMA, RTM, Utusan, Berita Harian, The Star dan lain lain perlu giat mengeluarkan berita dan link atau pautan program-program yang ditawarkan oleh kerajaan.

"Ini turut mencegah daripada mereka (scammers) yang sebenarnya "memaksa" netizen membeli produk mereka," katanya lagi.


Tegas Abun Sui, sekiranya hal itu tidak dibendung maka banyak mangsa akan tertipu manakala data peribadi mereka pula akan dicuri dan digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page