top of page

Jubli Perak KEADILAN: Otai reformasi adakan persembahan khas

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 3, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Sambutan karnival ulang tahun ke-25 penubuhan KEADILAN turut dimeriahkan dengan persembahan khas daripada otai reformasi.


Pengerusi Sambutan 25 Tahun KEADILAN, Wong Chen berkata, persembahan itu turut melibatkan reformis otai wakil daripada setiap negeri.


"Setakat ini ada jemputan khas senarai yang kita hantar dan ada persembahan khas daripada otai wakil setiap negeri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN Petaling Jaya, pagi tadi.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Subang berkata, anjuran tersebut adalah bagi mengenang jasa para pejuang reformasi dan pengerak awal parti yang telah berusaha selama dua dekad sehingga KEADILAN menjadi parti peneraju politik Malaysia.


"Konsep karnival ini untuk mengingati semula kewujudan dan perjuangan otai-otai lama parti yang telah lama bersama kita.


"Ia juga boleh menjadi platform para otai mengeratkan hubungan sesama mereka dalam meraikan sambutan ini," katanya lagi.


Oleh itu, pihaknya menjangkakan seramai 10,000 pengunjung hadir ke karnival ulang tahun itu.


"Pengunjung yang berminat untuk hadir boleh menggunakan akses kemudahan LRT untuk berkunjung ke karnival," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page