Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menggesa kerajaan supaya memantau dengan lebih ketat golongan yang masih belum menerima vaksin.
Beliau berkata, jika dipantau dengan lebih terperinci, kerajaan boleh menangani bilangan kes Covid-19 dengan lebih berkesan.
"Satu cara adalah memantau antara populasi yang tidak diberi vaksin, sama ada mereka telah dijangkiti.
"Kalau kita tahu berapa peratus yang pernah dijangkiti kita akan dapat meramal setakat mana tahap jangkitan tersebut, sama ada kita melepasi puncak pandemik.
"Jadi saya cadangkan kementerian boleh buat surveillance di kalangan populasi yang masih belum divaksinasi," katanya di Parlimen.
Comments