top of page

Panjangkan tempoh program 'hari tanpa kereta' di Putrajaya - Dr Zaliha



Hari Tanpa Kereta atau Program Car Free Day Putrajaya yang dilaksanakan selama beberapa jam setiap Ahad pada minggu kedua setiap bulan dicadang dilanjutkan tempohnya sepanjang hari.


Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataannya berkata, program tersebut menyokong visi Bandar CHASE, khususnya inisiatif Eco-friendly City dan Healthy City dalam usaha menjadikan Putrajaya sebagai bandar yang mampan serta mesra alam.


"Selesai menyempurnakan Program Car Free Day Putrajaya yang berlangsung dengan jayanya, dengan kehadiran sehingga 4,000 peserta, walaupun cuaca kurang mengizinkan.


"Bagi memastikan program ini tidak hanya berakhir dengan hanya sekadar program bulanan, saya minta Perbadanan Putrajaya untuk kaji keperluan memanjangkan tempoh pelaksanaan Car Free Day ini, dari hanya beberapa jam kepada sehari penuh setiap bulan," katanya.


Menurut beliau, langkah memperpanjangkan hari tanpa kereta itu boleh memberi ruang kepada aktiviti yang sihat kepada penduduk malah turut menyumbang kepada usaha menangani isu perubahan iklim yang menjadi tumpuan di peringkat global pada waktu ini.


"Namun begitu, keberkesanan inisiatif ini memerlukan sokongan padu daripada rakyat untuk mencapai objektif bersama," katanya lagi.


Jalan raya tidak dilalui kenderaan digunakan untuk aktiviti riadah penduduk sekitar
Jalan raya tidak dilalui kenderaan digunakan untuk aktiviti riadah penduduk sekitar

Dalam kenyataan itu juga, Dr Zaliha mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku rakan strategik yang menyokong inisiatif berkenaan.


Beliau mengalu alukan lebih ramai rakan strategik untuk turut bekerjasama dalam menjayakan objektif murni tersebut.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page