top of page

Untuk apa tunggu September, ekonomi akan bertambah buruk - Sim Tze Tzin


Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin dinasihatkan mengaku kalah dengan meletakkan jawatan segera.


Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, dengan melanjutkan krisis politik untuk melakukan Undi Percaya sehingga September sedangkan kerajaan Mahiaddin telah jelas tiada majoriti, maka lebih banyak pelabur akan lari meninggalkan pasaran saham Malaysia dan pelabur yang ingin menanam modal akan mencari negara yang lebih stabil.


"Tak payah tunggu hingga September, Parlimen boleh undi minggu ini. Jangan panjangkan krisis politik. Krisis politik sepanjang 1 bulan akan menyebabkan pasaran saham, pelaburan antarabangsa terjejas.


"Status terkini kedudukan blok Ahli Parlimen sudah sangat jelas," katanya.


Tambah Sim, dengan penarikan sokongan 12 Ahli Parlimen Umno semalam, sebarang kelebihan atau majoriti tipis yang berada di pihak Mahiaddin telah pun dinafikan.


"Ahli Parlimen 105 Pembangkang, dicampur 12 Umno yang mengumumkan tolak PN semalam, jumlahnya 117


"Jelas Kerajaan PN telah hilang majoriti. PM harus letak jawatan serta merta," sinisnya.


Dalam kenyataan pemimpin PN semalam, gabungan itu digambarkan mempunyai 115 sokongan.


Selepas 12 daripada Umno menarik diri, maka secara matematik mudah PN mempunyai 103 sokongan daripada 220 Ahli Parlimen.


Tanpa majoriti di Parlimen maka kerajaan PN sepatutnya tidak meneruskan pemerintahan berdasarkan Perkara 43 (4) dan hanya menjadi kerajaan sementara sekiranya Parlimen dibubarkan. "Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong"




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page