top of page

Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1 dikenakan PKPD, penduduk negatif Covid-19 dapat vaksin

ADUN Sentosa, Dr Gunaraj George memaklumkan bahawa penduduk Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 1 akan menerima vaksin Covid-19.


Katanya, keputusan itu dibuat selepas sidang khas MKN memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di pangsapuri tersebut.


Justeru, PKPD di lokaliti ini melibatkan Blok A sehingga Blok K yang akan bermula pada 12 tengah malam 18 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.


“Berita baik untuk semua penduduk di lokaliti ini, pihak KKM akan menjalankan ujian saringan Covid-19 kepada kesemua penduduk di lokaliti ini. Selain itu, kepada penduduk yang negatif Covid-19 akan diberikan vaksin secara terus.


“Langkah ini bagi memastikan rantaian penularan Covid-19 di lokaliti ini dapat dikekang dan menjamin keselamatan penduduk,” katanya.


Maklumat lanjut berkenaan PKPD di lokaliti ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.


Gunaraj yang juga Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja menasihatkan penduduk Pangsapuri Bukit Tinggi 1 supaya bertenang dan sentiasa untuk mengikuti arahan daripada pihak PDRM serta kekal mematuhi SOP Covid 19-agar rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan.


“Marilah kita sama-sama melawan penularan Covid-19,” katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page