top of page

Pangkalan data berkaitan petani bakal diwujudkan



Kerajaan bercadang mewujudkan satu pangkalan data raya yang merekod dan mendaftarkan petani di negara ini.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu kenyataan pada Khamis berkata, langkah itu bagi memudahkan usaha kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif kepada golongan itu.


"Melalui usaha ini, kerja-kerja untuk mengenal pasti bilangan sebenar petani yang terlibat dalam sektor pertanian dapat memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan dan insentif.


"Ia juga dapat dijadikan rujukan semua pihak khususnya dalam merancang pembangunan sektor agromakanan serta mengelakkan berlaku ketirisan dalam pemberian bantuan kepada petani," kata KPKM.


Menurut kenyataan itu, langkah mewujudkan pangkalan data dilakukan selepas cadangan menggubal Enakmen Pendaftaran Petani dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Exco-Exco Pertanian Negeri Bilangan 1 Tahun 2023 yang diadakan secara hibrid pada Rabu.

Dalam mesyuarat itu, KPKM mengemukakan 11 pembentangan merangkumi dua kertas pertimbangan dan sembilan kertas makluman, antaranya mengenai cadangan pewujudan kawasan khusus bagi pertanian organik pada peringkat negeri.


"Pewujudan kawasan-kawasan khusus itu selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030, Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 (SDG)," tambah kenyataan tersebut.


KPKM sementara itu memberitahu mesyuarat juga mengambil maklum inisiatif pengukuhan data sektor pertanian dan agromakanan yang memerlukan sokongan tadbir urus data daripada kerajaan negeri untuk memastikan data pertanian terkini dan boleh dipercayai merentas masa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page