top of page

Panggil segera Azam Baki hadapi Jawatankuasa Khas Parlimen - William



Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bersedia hadir di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung dakwaan skandal pegangan sahamnya, sepatutnya menjadi pemangkin kepada Pegerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bagi Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan pendengaran dilakukan.


Menurut Ahli PSC, William Leong Jee Keen, Pengerusi PSC, Ahli Parlimen Pas, Abdul Latiff Abdul Rahman seharusnya menyegerakan proses pendengaran itu setelah ditangguhkan beberapa minggu lalu dengan alasan kes Azam Baki agak 'rumit'.


"Peguam-peguam membantah PSC menjalankan siasatan.


"Kita juga minta penasihat undang-undang ke Parlimen untuk menjelaskan perkara ini.


"Tetapi sudah satu bulan, satu jawapan pun kita tak dapat lagi. Bilakah nak panggil Azam?" tanyanya.


Tegas Ahli Parlimen Selayang itu, beliau bersama beberapa Ahli PSC kini sedang berusaha keras mendesak Latiff melaksanakan tanggungjawabnya memanggil Azam dalam kadar segera.


"Kita akan kejar Pengerusi PSC untuk menjalankan siasatan kes ini secepat mungkin," katanya


Semalam, Azam Baki menegaskan beliau bersedia untuk hadir di hadapan PSC. Namun berkata, sebelum ini beliau tidak disapina tetapi diberi surat jemputan, yang bukan membawa maksud beliau tidak hormat atau menghina Parlimen jika tidak hadir.


Azsam juga mahu PSC mendapat “referral” dari Dewan Rakyat sebelum memanggilnya.


“PSC memerlukan satu kelulusan melalui sidang parlimen atau ‘referral’ seperti mana yang disyaratkan di bawah aturan itu. Sekiranya ada ‘referral’ Dewan Rakyat, sudah pasti saya akan hadir," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page