top of page

Pandora Papers wajib dibahas


Ketua Cabang KEADILAN Putrajaya, Onn Abu Bakar menyifatkan Pandora Papers wajib dibahas secara terbuka di Parlimen.


Ini kerana, katanya, mengikut laporan Pandora Papers, sejumlah RM1.8 trillion telah dibawa keluar dari Malaysia dan disimpan di akaun luar pesisir dari tahun 2005 hingga 2014.


"Tidak dinafikan, ada aktiviti perniagaan sah dalam lingkungan jumlah yang besar itu.


"Namun, rakyat Malaysia perlu tahu bagaimana sejumlah ahli politik dan keluarga mereka yang dinamakan di dalam laporan itu boleh mengaut kekayaan luar biasa.


"Keengganan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dalam membenarkan usul Pandora Papers dibahas amat dikesali. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengusulkan perkara tersebut cuma mahu imej negara dibersihkan," katanya.


Tambahnya, Malaysia harus berasa malu dengan India dan Pakistan yang komited untuk melakukan penyiasatan ke atas warganya yang terlibat dalam laporan tersebut.


"Untuk rekod, Malaysia berada di tangga kelima dari segi jumlah. Jika dilihat dari segi per kapita pula, Malaysia berada di tempat pertama. Imej negara terus diinjak-injak di mata dunia.


"Untuk lebih jelas, Belanjawan Malaysia 2021 berjumlah RM322.5 billion. Jumlah RM1.8 trillion yang dibawa keluar itu hampir 6 kali ganda Belanjawan 2021.


"Betapa banyaknya hospital, perumahan rakyat, infrastruktur desa, infrastruktur bandar, pekerjaan, dan bantuan kepada golongan miskin yang boleh diwujudkan.


"Yang di-Pertua Dewan Rakyat harus menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab demi kepentingan negara. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan nyiru," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page