Pandora papers: 'Tak ada bilion, pelaburan saya AS$50,000 sahaja' - William Leong



Kontroversi menyelimuti Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang disenaraikan antara ahli politik yang mempunyai akaun luar pesisir di dalam Pandora Papers terjawab malam tadi.


Menurut William, beliau tidak mempunyai berbilion ringgit di akaun luar pesisir yang dibukanya sewaktu berkerja di Filipina 27 tahun lalu.


Malah telah membayar cukai-cukai berkaitan, sama ada di Malaysia atau Filipina dan tidak boleh disamakan dengan sesiapa yang membuka akaun luar pesisir untuk tujuan mengelak cukai.


"Tak ada bilion. Syarikat pesisir ini ditubuhkan (dibuka) pada masa saya berkerja di Filipina. Saya pada masa itu cif operating officer Philippines National Steel Corporation pada 1994 hingga 1997


"Modal saham, malu nak cerita, AS$50,000. Tetapi itu adalah dalam fail (sudah ditutup). Bila ICIJ (International Consortium of Investigative Journalists) ambil 11 juta dokumen, fail lama yang ditutup dikeluarkan. Pada masa itu saya bukan ahli politik.


"Waktu itu saya di luar Malaysia. Cukai Malaysia, cukai Filipina sudah bayar. Mengapa saya melabur? Ini ikut nasihat pakar kewangan. Mereka kata semasa saya di luar Malaysia, ini adalah cara terbaik, menggunakan akaun pesisir untuk pelaburan.


"1997 saya balik (Malaysia), wang itu untuk pendidikan anak-anak saya. Susah untuk anak saya masuk universiti kerajaan. Saya simpan wang untuk pendidikan anak-anak (di luar negara)," jelas beliau dalam forum maya Borak Dahsyat bertajuk: "Apa Disebalik Pandora Papers?", malam tadi.


Tambah William, bukan semua yang mempunyai akaun pesisir bertujuan untuk mengelak daripada membayar cukai.


Malah, katanya terdapat tujuan lain Pandora Papers didedahkan. Penyiasatan Pandora itu sendiri dilakukan di bawah pengaruh Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah yang mahu mencukai syarikat-syarikat multinasional mereka yang melabur di luar negara.


"Sebenarnya ada tujuan ICIJ ini. Ibu pejabatnya di AS. Siapa yang membantah mewujudkan International Financial Centre ialah AS dan OECD.


"Mengapa? Kerana melalui globalisasi syarikat multinasional telah keluar dari AS dan Eropah, buka kilang di Asia dan ini dikatakan illicit outflow. Dengan kilang katakan di Malaysia, jual produk kepada syarikat yang dibuka di persisir. Maknanya multinasional tidak membayar cukai di AS, juga tidak bayar di Malaysia, dan keuntungan itu dipindah ke akaun pesisir.


"Tetapi ini adalah tugas peguam, tugas ahli kewangan. Pakar kewangan membuat pendekatan membayar dengan kadar terendah. Ini bukan lari dari cukai, yang itu satu jenayah. Di mana (syarikat) lapor dengan cara palsu, menggunakan tujuan yang salah.


"Multinasional dengan peguam dan akauntan (mengikut peraturan) bukan lari dari cukai tetapi dinamakan tax planning. Tetapi AS dan Eropah melihat bagaimana cara mereka mahu tarik balik (cukai) multinasional ini kepada mereka.


"Kalau kita lihat Pandora Papers atau sebelumnya Panama Papers dia tidak dikatakan nama-nama (pemilik) akaun telah melakukan kesalahan. Hanya kata mereka ada akaun. Ini untuk berikan tekanan kepada kerajaan negara ini menerima Global Corporated Tax sebanyak 15%," katanya.


Tegas William, tiada masalah untuk membahas di Parlimen mengenai Pandora Papers. Malah siasatan kepada syarikat yang mematuhi undang-undang akan melepaskan mereka.


Bamun beliau berasa aneh terhadap tindakan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang tidak membenarkan usul Ketua Pembangkang membahaskannya.


Tambah William, sekiranya Speaker terus tidak mahu membahaskannya maka sebaik-baiknya kerajaan dan Pakatan Harapan mengusul menukar Speaker dalam sidang yang akan datang.


"Cadangan saya, minggu depan masukkan satu usul bukan untuk lantik Timbalan Speaker tetapi tukar Speaker," kata William lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER