top of page

Pandora Papers: Punca rakyat tak dapat gaji tinggi, gagal atasi kemiskinan



Rakyat tidak memahami apakah keperluannya Pandora Papers dibahaskan malah ada yang menyokong usul Ketua Pembangkang membahaskan hal berkenaan dibuang oleh Speaker Dewan Rakyat.


Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, gejala membawa lari keluar wang negara ke akaun pesisirlah punca utama kemiskinan di Malaysia tidak berjaya diatasi, kerana ratusan ribu juta ringgit modal disimpan di luar negara, bukannya dimanfaatkan dalam sistem perbankan negara ini


"Malaysia tak dapat kutip cukai. Inilah sebabnya sampai sekarang kita tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan. Inilah punca negara kita tak dapat beri gaji yang tinggi kepada pekerja. Ini sebab gaji graduan universiti 10 tahun dulu dan sekarang tak ada peningkatan. Duit kita lari keluar.


"Saya nak tanya PM yang nak siasat Tommy Thomas (kematian Adib, Pulau Batu Puteh). Sekarang duit mengalir keluar. Saya minta kalau jujur, buatlah Suruhanjaya Diraja siasatan Pandora Papers. Kalau kat Parlimen pun tak boleh bahas tak ada makna kita ada Parlimen.


"Sekarang rakyat belajar kena ambil PTPTN, berhutang. Kalau kita ada duit banyak kita bagi pendidikan percuma, kita boleh majukan industri pertanian atau buka banyak kilang. Kita perlukan modal jadi modal ini perlu dikembalikan. Saya anggap orang ini (bawa wang keluar) tidak patriotik," katanya dalam wawancara bersama Lensa Parlimen.


Sebelum itu, Hassan bersetuju dengan hujah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada niat untuk menuduh sesiapa yang mempunyai akaun luar pesisir adalah penjenayah dan sebagainya.


Oleh itu, katanya, tujuan diadakan perbahasan adalah untuk mereka yang terlibat, terutama ahli polilik di Dewan Rakyat menjelaskan hal kedudukan diri mereka terkait laporan Pandora Papers.


"Kita tak menuduh. Boleh jadi prosedur tak menyalahi undang-undang. Bentang di Parlimen kita tengok supaya pihak berkenaan dapat memberi penjelasan dan Perdana Menteri jangan serah kepada menteri saja, sendiri terangkan (penyelesaian).


"Jumlah wang RM1,800 bilion itu besar. Hari ini Menteri Kewangan datang Parlimen mahu tambahan RM45 bilion bajet. Bayangkan duit RM1.8 trilion....


"Isunya sama ada dia (orang itu) lari cukai, perlu disiasat. Soalnya mereka dapat kekayaan dari bumi Malaysia. Kita susah payah nak cari pelabur, orang beli saham di Malaysia tetapi orang Malaysia ini kebanyakannya pula elit Melayu (bawa wang keluar).


"Ini saya marah, konon nak tolong orang Melayu. Mereka dapat faedah dasar bantu Melayu, Perkara 153 Perlembagaan. Kuota, lesen, macam-macam, bukan dia melabur balik di Malaysia, bukan simpan dalam Tabung Haji, Bank Islam tetapi dia simpan di luar negeri," katanya lagi.


Pandora Papers baru-baru ini mendedahkan dari 2004 hingga 2014 seramai 1,500 rakyat Malaysia terlibat. Mereka membuka akaun luar pesisir di pusat kewangan yang tidak dikenakan cukai. Antara lokasi jadi tumpuan ialah di British Virgin Islands. Nama-nama yang didedah melibatkan menteri dari Malaysia, Menteri Kewangan sekarang, mantan Menteri Kewangan, nama anak-anak PM termasuk anak Mahiaddin Yassin, Najib Razak dan Dr Mahathir.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page