top of page

Pandora Papers: Mengapa pemimpin GPS diam seribu bahasa? - KEADILAN Sarawak



Skandal Pandora Papers yang melibatkan 1,500 nama tokoh politik dan perniagaan Malaysia telah menjadi kontroversi hangat lebih 2 minggu lalu namun pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) masih diam seribu bahasa.


Bagi Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit, sikap berdiam diri para pemimpin GPS tersebut amat tidak wajar memandangkan terdapat juga nama-nama pemimpin yang menjadi anggota komponen gabungan itu yang tersenarai dalam Pandora dan perlu diberi penjelasan launjut mengenai akaun luar pesisir mereka.


Kata Abun, pemimpin GPS seharusnya menjawab isu berkenaan dengan telus atau sekurang-kurangnya menokong usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin Pandora Papers dibahaskan di Dewan Rakyat.


"KEADILAN Sarawak sangat terkejut berikutan pendedahan di Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar berkenaan wang negara sebanyak RM1,800 bilion atau RM1.8 trillion yang dibawa keluar oleh pemimpin – pemimpin tertentu Malaysia.


"Walaupun isu ini sudah berlanjutan hampir sebulan selepas didedahkan, tiada satu pun pemimpin GPS yang lantang bersuara agar ianya dibentangkan di Parlimen.


"Pemimpin – pemimpin atau VVIP tertentu yang terlibat termasuk dari Sarawak juga turut dikaitkan dengan pendedahan itu. Adakah ini penyebab pemimpin dan Ahli Parlimen GPS tidak menyokong usul dibahaskan di Parlimen?


"Sedangkan usul oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar untuk Kertas Pandora ini dibahaskan merupakan usul yang membabitkan kepentingan rakyat dan tidak wajar ditolak mentah – mentah oleh Speaker Dewan Rakyat.


"Kertas Pandora sememangnya wajar dibahas untuk mengetahui pihak-pihak tertentu bekas Menteri atau VVIP yang turut terlibat." kata Abun.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu lagi, jumlah RM1.8 trilion yang dilarikan keluar negara bukanlah perkara kecil.


Tegasnya, cukai yang boleh dipungut daripada wang berkenaan amat banyak, apatah lagi sekiranya wang tersebut hasil kegiatan yang menyalahi undnag-undang maka perlu dibawa ke mahkamah dan dana tersebut harus dikembalikan kepada negara.


"Angka RM1.8 trillion bukan kecil tetapi jika digunakan sepenuhnya untuk membangunkan negeri -negeri mundur seperti Sarawak, pasti sangat membantu di mana sekolah-sekolah daif dapat diganti dengan sekolah baru yang lebih baik dan selesa.


"Malah jaringan jalan raya berturap dapat dibina di seluruh pelosok negeri dengan wang sebanyak itu untuk kemudahan rakyat


"KEADILAN Sarawak menggesa Menteri-Menteri dari Sarawak agar mengangkat usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang ini menjadi usul Kerajaan supaya dapat memberi laluan “express” dibentangkan di Parlimen dan tidak ada dolak-dalik oleh Speaker untuk menerima atau tidak usul ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page