top of page

Pandora Papers: Jika tiada siasatan PH boleh pertimbang keluar MoU



Pakatan Harapan (PH) boleh mempertimbangkan untuk menarik diri daripada memorandum kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Pembangkang sekiranya tiada siasatan terhadap skandal Pandora Papers yang didedahkan beberapa hari lalu.


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, amat mustahak PH meneliti tindakan kerajaan Perikatan Nasional berhubung pendedahan berkenaan.


"PH mustahak keluar dari Memorandum Persefahaman dengan Kerajaan jika Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memenuhi tuntutan Pembangkang


"Kerajaan perlu membenarkan Parlimen membahaskan Usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan pendedahan oleh Pandora Papers tentang berbilion ringgit Malaysia disimpan secara rahsia di British Virgin Islands dan lain-lain Pusat kewangan luar pesisir oleh 1,500 Rakyat Malaysia termasuk tokoh-tokoh politik dan korporat serta anak-anak dan isteri mereka, yang dianggarkan bernilai RM1.8 trillion dari tahun 2004 hingga 2014


"Membentuk segera Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu tersebut


"Juga mengambil tindakan segera dengan menggunakan kuasa perundangan yang ada supaya wang dan modal milik rakyat Malaysia yang tersimpan dalam akaun-akaun rahsia tersebut dan menyalahi undang-undang Malaysia dirampas serta dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia," kata beliau dalam satu kenyataan ringkas.


Pandora Papers mendedahkan Malaysia sebagai negara kelima paling banyak menyeludupkan keluar wang, sama ada untuk mengelak cukai atau dari kegiatan haram.


Negara utama adalah China, diikuti Rusia, Mexico dan India.


Bagaimanapun, jika dikira daripada jumlah penduduk Malaysia adalah juara per kapita kerana hanya berpenduduk 32 juta tetapi mempunyai amaun setinggi AS$431 bilion atau bersamaan RM1,800 bilion sepanjang 10 tahun pemerintahan BN dari 2005 - 2014.


Bersamaan nilai penyeludupan keluar wang RM180 bilion setahun atau RM20.5 juta dilarikan dalam sejam.


Nama-nama besar yang disebut dalam Pandora Papers termasuklah Daim Zainudin, Zahid Hamidi, Raja Nong Chik, Musa Aman, Fakri Yassin Mahiaddin, Taib Mahmud, Tengku Zafrul Aziz dan banyak lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page