top of page

Pandora Papers: Akaun luar persisir berkaitan firma guaman - William Leong



Pendedahan Pandora Papers semalam yang melibatkan akaun luar pesisir terkait Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen tidak membawa makna hal berkenaan membabitkan perkara yang menyalahi undang-undang atau aktiviti meragukan.


William dalam kenyataan medianya hari ini menjelaskan hal-hal berkaitan syarikat Maxcorp (Asia) Overseas Ltd sebagaimana didedahkan adalah sebagaian daripada urusan firma guaman beliau dan pelanggannya korporatnya.


"Berkenaan dengan syarikat British Virgin Island, Maxcorp (Asia) Overseas Ltd, ini adalah masalah yang berkaitan dengan tindakan firma guaman saya, bagi pihak pelanggan dalam pekerjaan korporat biasa.


"Saya tidak dapat mendedahkan apa-apa perkara dalam kes ini kerana amalan peguamcara profesional dan kerahsiaan pelanggan, tanpa kebenaran pelanggan saya," katanya dalam kenyataan hari ini.


Manakala isu urusan kewangan berkaitan Collister Holdings Ltd (Jersey) pula, menurut William, berlaku ketika beliau bekerja di luar negara lebih dua dekad lalu dan tidak menyalahi apa-apa peraturan perundangan di Malaysia mahu pun Filipina.


"Collister Holdings Ltd (Jersey) diperbadankan pada tahun 1994 ketika saya menjadi Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Syarikat Keluli Nasional Filipina, yang berpusat di Manila dari tahun 1994 hingga 1997.


Pakar kewangan dan cukai menasihatkan bahawa ini adalah cara terbaik untuk mengurus pendapatan saya, kewangan dan pelaburan sebagai ekspatriat. Semua ini dijalankan secara sah dan mengikut peraturan. Tidak ada pelanggaran undang-undang Malaysia mahu pun Filipina," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page