top of page

Pandelela layak dapat anugerah, tidak wajar diperlekeh


Wanita KEADILAN Sarawak menempelak kenyataan Menteri Pelancongan, Seni, Budaya, Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Hamzah berhubung komennya mengenai pencapaian Pandelela Rinong.


Katanya, adalah tidak wajar Abdul Karim memperlekehkan kebolehan Pandelela ketika ini.


"Beliau merupakan wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London dan mencatat sejarah sebagai atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita, dan atlet Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton dan terkini Pandelela berjaya meraih pingat emas di Kejohanan Piala Dunia Terjun di Tokyo.


"Wanita KEADILAN Sarawak berpendapat Pandelela Rinong sememangnya layak menerima penganugerahan dan kami ingin bertanya apakah sumbangan Abdul Karim kepada Malaysia dan Sarawak di persada antarabangsa?" katanya dalam kenyataan.


Tambahnya lagi, pemberian anugerah kepada individu yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia adalah satu tindakan yang wajar dan tidak seharusnya didengki.


"Umur dan gender seseorang tidak sepatutnya menjadi kayu ukur atau persoalan dalam pemberian anugerah lebih lagi apabila sudah mengharumkan nama negara.


"Datuk Nicol Ann David dianugerahkan gelaran Datuk pada tahun 2008 ketika beliau berusia 25 tahun dan tiada kajian saintifik yang membuktikan setelah menerima gelaran Datuk, prestrasi ratu squash itu jatuh merudum mahupun tampil bersikap ‘spoiled’ seperti yang dinyatakan oleh Abdul Karim.


"Agak melucukan apabila Abdul Karim mengunci mulut apabila menteri yang mengkhianati mandat rakyat dan tidak memberikan sumbangan positif mahupun mengharumkan nama negara dianugerahkan gelaran Datuk.


"Wanita KEADILAN Sarawak berpendapat memanipulasikan faktor usia sebagai kayu ukur dalam mempertimbangkan kelayakan seseorang menerima penganugerahan Datuk adalah satu mentaliti sempit dan cerminan seorang yang terintermidasi dengan pencapaian wanita muda ini," katanya.


Justeru, katanya, alasan atlet tidak layak dianugerahkan Datuk atas alasan juara terjun itu tidak akan dapat menikmati masa mudanya adalah satu kenyataan yang tidak munasabah.


"Wanita KEADILAN Sarawak menyarankan Abdul Karim untuk berhenti bersikap seperti setahun jagung dan berubahlah bersikap matang dan menghargai pengorbanan atelit negeri ini khasnya Pandelela Rinong yang berkali kali mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page