top of page

Pampasan kepada rakyat untuk gangguan bekalan air


Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan kepada kerajaan supaya bayaran pampasan dimasukkan dalam pindaan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, setiap kali penduduk mengalami gangguan bekalan air.


Beliau menganggap, menaikkan kadar hukuman sahaja tidak mencukupi untuk penduduk yang terjejas kualiti kehidupannya.


"Akibat masalah air terganggu akibat sungai air kotor, pengguna merasai kesannya. Adakah ada cadangan untuk memasukkan soal pampasan atau ganti rugi diberikan kepada pengguna.


"Sama ada ditanggung oleh syarikat menjadi punca pencemaran atau syarikat industri air yang menyediakan bekalan," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau juga berpandangan penduduk yang terjejas hanya boleh mengambil tindakan mahkamah namun tidak dapat menerima sebarang pampasan.


"90 peratus punca bekalan air bersih adalah dari sungai, mereka tidak ada pilihan kalau bekalan air terganggu, mereka yang terima kesan kemudian pihak yang menjadi punca akan diheret ke mahkamah.


"Ini tak padan dengan derita yang ditanggung pengguna, jadi adakah ada rancangan kerajaan untuk masukkan pindaan berupa pampasan atau ganti rugi," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page