top of page

Pampasan banjir tiada sebarang pengecualian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 25
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bayaran ganti rugi kepada mangsa banjir diberikan tanpa sebarang pengecualian.


Oleh itu katanya, beliau tidak mahu ada sebarang pelanggaran daripada arahan umum tersebut.


''Ganti rugi setakat yang kita mampu beri, kita (akan) beri. Sefaham saya, ganti rugi kepada mangsa banjir diberikan tanpa kecuali.


''Kalau YB Tumpat (Datuk Mumtaz Md Nawi) mengenal pasti terdapat mana-mana rumah yang terkesan tapi tidak diberikan (ganti rugi), saya sedia boleh membetulkannya.


''Arahan kita jelas iaitu mesti diberikan kepada semua rumah yang terjejas. Jadi saya tidak mahu ada pelanggaran daripada arahan umum ini,'' katanya ketika sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


Anwar (PH-Tambun) menjawab pertanyaan Datuk Mumtaz (Pas-Tumpat) berkaitan isu banjir serta peruntukan daripada pihak kerajaan.


Jelas Anwar lagi, masalah banjir merupakan keutamaan kerajaan selain masalah miskin tegar di negara ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page