top of page

Palestin: Mustahil hantar bantuan udara tanpa hubungan diplomatik dengan Israel

Updated: Nov 9, 2023



Tohmahan pembangkang kononnya Malaysia tidak bersungguh sungguh membantu Palestin yang sedang diperangi Israel ditolak Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.


Beliau dalam pada itu mengkritik ucapan Ahli Parlimen (MP) Kapar dari PN di Dewan Rakyat meminta Malaysia menghantar bantuan secara dijatuhkan dari udara menggunakan payung terjun (air-dropped) sekiranya tidak boleh dihantar melalui jalan darat.


Katanya, negara Jordan yang melakukan air-dropped mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan dilakukan secara kerjasama dengan angkatan udara rejim Zionis.


"MP kapar Dr Halimah Ali memberi kritikan dengan mempertikaikan berkata 'mengapa bantuan tak dihantar melalui udara?'


"Jawapannya ruang udara Gaza telah ditutup oleh kerajaan Zionis dan negara kita tidak mengiktirafnya (tiada hubungan diplomatik). Macam mana kapal terbang nak lalu kalau melalui ruang udara negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia


"Lapangan terbang Gaza pun telah dimusnahkan oleh tentera Israel, jadi macam mana nak mendarat?


"Adalah Ahli Parlimen Kapar dari PN ini tidak cakna sampai buat kenyataan tersebut," katanya dalam aplikasi X mempertahankan PM daripada cacian berterusan, terutama dari pemimpin dan penyokong Pas.


Shamsul dalam kenyataannya juga membariskan bantuan yang telah diusahakan oleh PMX kepada rakyat Palestin sejak tiga minggu lalu, berupa penghantaran 20 tan bantuan bekalan makanan, susu bayi, lampin bayi, ubat ubatan serta peralatan dalam membantu penduduk Gaza


Katanya, sebanyak RM100 juta telah dikutip sejak kerajaan Malaysia meluncurkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin


"Bahkan Malaysia juga merupakan (antara) negara yang pertama menghantar bantuan ke Gaza


"Perdana menteri juga menghadiri demonstrasi aman Solidarity For Palestine secara besar besaran yang dilangsungkan di Axiata Arena


"Pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu PM juga telah memberi ucapan mengutuk rejim Zionis


"Begitu lantang (PMX) sehingga menerima 2 notis diplomatik (demarche) dari kedutaan Amerika Syarikat


"Mana pernah seorang PM sampai terima 3 notis diplomatik," ujarnya.


Shamsul yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN bertanya, apakah lagi yang perlu dilakukan oleh PMX untuk membuktikan beliau benar benar membela Palestin.


"Jadi sebenarnya nak kena buat apa lagi untuk PMX buktikan yang beliau komited dengan isu Palestin ini," katanya sinis.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page