top of page

Palestin: Masa untuk bersolidariti bersama Anwar Ibrahim - Dr Maszlee



Semua pertubuhan masyarakat madani dan warga Malaysia perlu bersolidariti bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan ekonomi dan politik negara sebagai tonggak untuk memimpin warga kemanusiaan sejagat terutamanya dalam isu Palestin.


Pengerusi International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, Dr Maszlee Malik berkata, sudah sampai waktunya warga Malaysia meletakkan nokhtah kepada politik adu domba, fitnah dan penyebar kebencian.


"Di saat yang getir bagi warga dunia kini, kesatuan dan kepaduan sokongan perlu diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk mengepalai reformasi keseimbangan kuasa dan pengaruh dalam politik antarabangsa. Ia harus bermula dari tanah air sendiri.


"Melihat kepada tulisan saudara Nadir al-Nuri dan juga Dr Mohd Zuhdi Marzuki (kedua-duanya dari Pas) mengenai potensi dan kepentingan Perdana Menteri ke-10 di dalam isu Palestin dan perjuangan kemanusiaan sejagat berhadapan dengan mustakbirin dunia amat menginsafkan.


"Pendirian adil oleh mereka ini saya yakin dikongsi sama juga oleh ramai lagi warga Malaysia," ujar Maszlee dalam satu kenyataan.


Mohd Zuhdi yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam tulisannya baru-baru ini mengenai keperluan kepada kesatuan ummah membabitkan isu Palestin dengan mengharapkan langkah tersebut dapat dilakukan ketika pentadbiran PM-10.


Beliau mengulas kejayaan melalui usaha diplomatik dilakukan Anwar untuk membantu mengeluarkan ahli keluarga Nadir dari Gaza di tengah-tengah perang menjelang Aidilfitri, misi yang dianggap 'gila' oleh aktivitis kemanusiaan itu


Maszlee yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN berkata, Pas sebagai sebuah parti yang menjadikan prinsip Islam sebagai landasannya sudah tentu maklum bahawa perjuangan yang dibawa oleh Anwar mempunyai makna signifikan kepada perjuangan Islam global di dalam membela umat berhadapan dengan mustakbirin.


"Sudah sampai waktunya untuk semua pihak di waktu ini bersolidariti bersama PM Anwar Ibrahim... dengan mengenepikan segala isu titik bengik dan fitnah adu domba yang menggugat kerukunan dan keharmonian politik dan masyarakat bersama," ujarnya.


Maszlee berkata, masyarakat dunia yang sudah muak dengan kuasa imperialisme moden yang dikepalai oleh Amerika Syarikat (AS) amat menghendaki pemimpin dan negara yang mampu untuk mengepalai mereka untuk perubahan tersebut.


"Sistem dan nilai liberal demokrasi barat yang dahulunya merupakan alat penyelamat kepada hak asasi manusia kini menjadi penghancur dan pencabul hak massa kepada bukan hanya hak asasi manusia semata-mata, malah nilai kemanusiaan universal itu sendiri.


"Suara dan jiwa kemanusiaan sejagat yang diimani oleh majoriti umat dunia kini meronta-ronta inginkan pimpinan dan ideologi yang mampu untuk membawa suara mereka dan mengepalai usaha kolektif untuk perubahan kepada sistem yang dimonopoli oleh hegemoni barat berpusat di Tel Aviv dan J Street, Capitol Hill.


"Anwar Ibrahim adalah sosok tersebut," katanya.


Maszlee yang juga mantan Menteri Pendidikan berkata, keberanian dan kelantangan Anwar di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) dan ketika di Jerman sudah cukup sebagai manifestasi karisma beliau untuk membawa hasrat manusiawi di dalam lubuk jiwa manusia-manusia merdeka sedunia.


"Jika bertanya kepada mana-mana negara, pemimpin malah masyarakat jelata tentang harapan mereka untuk melihat pengakhiran kepada sistem berat sebelah dunia dengan genosid ke atas penduduk Palestin di Gaza, pastinya jiwa mereka amat mengharapkan sosok ini menjadi tunggak kepada usaha jagat untuk menggantikan status-quo yang ada.


"Sama ada negara Islam, negara-negara selatan, mahupun negara-negara berkecuali, mereka semua mengharapkan sosok ini mengepalai perubahan


"Malangnya sosok ini tidak dihargai oleh seteru politiknya di tanah air sendiri kerana kepentingan beberapa kerat individu korup yang kini menjadi ‘master of the puppet’ kepada ketumbukan penyebar fitnah, adu domba dan penggugat keharmonian negara.


"Watak-watak yang mencemarkan dan menajisi alam maya dengan politik kebencian dan pecah belah perlu dihukum oleh warga net dengan diboikot segala siaran mereka," katanya lagi.


Tegas Maszlee, masih belum terlambat bagi rakyat menggembleng tenaga menggerakan solidariti bersama PM demi Malaysia, demi dunia dan demi kemanusiaan sejagat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page